Sunday, 15 July 2018

Koleksi Kereta Klasik Sultan Johor Meriahkan Fullerton Concours d'Elegance

Rolls Royce Phantom II 1934
Ulangtahun ke-90 Bangunan Fullerton di Singapura yang menempatkan Hotel Fullerton pada tahun ini disambut meriah dengan acara kereta klasik berprestij Fullerton Concours d'Elegance. Acara ini dianjurkan sendiri oleh hotel mewah Fullerton selama tiga hari bermula 29 Jun hingga 1 Julai dengan kehadiran pengunjung dianggarkan sekitar 30,000 orang.

26 buah kereta klasik dan vintaj dari negara-negara serantau telah mengambil bahagian dalam Concours berprestij ini dengan sejumlah 90 unit buah kereta dipamerkan. Pengunjung juga berkesempatan untuk melihat koleksi kereta klasik dan vintaj milik Sultan Johor dimana Baginda berkenan untuk mempamerkan 12 unit koleksi miliknya untuk acara ini.



Antara koleksi kereta DYMM Sultan Johor yang ditayangkan adalah Lamborghini Miura, BMW M1, Ferrari 365 GTB/4 Daytona serta Mercedes Benz 600 Landaulet.



Rolls Royce Twenty Connaught Tourer 1926 yang dikuasakan dengan enjin 3127cc ini pula mempunyai sejarahnya yang tersendiri sebagai Rolls Royce yang paling tua di rantau ini. Kereta ini dipercayai telah dibeli dan dihantar ke Malaya pada Jun 1926 untuk digunakan di ladang getah dan telah mengalami proses pulihara pada tahun 1981 selama dua tahun.



Model ikonik Porsche, 356A Speedster ini turut menjadi tarikan pengunjung pada acara ini. Dengan hanya 20 unit Right-Hand Drive dikeluarkan di dunia, kereta yang bernilai kira-kira RM2 juta ini dipercayai merupakan satu-satunya Porsche 356A Speedster RHD yang ada di Malaysia.

Hasil pemeriksaan teliti oleh para hakim, Best of Show untuk Fullerton Concours d'Elegance ini telah berjaya dibolot oleh Mercedes Benz 280SE 3.5 Cabriolet 1971 milik Dato' Jaya JB Tan. Menurut data yang dikeluarkan, hanya 1232 unit varian Cabriolet dihasilkan oleh Mercedes dari tahun 1969 hingga 1971.

Berikut merupakan keputusan Concours ini ;


Best of Show : Mercedes Benz 280SE 3.5 Cabriolet 1971

Modern Classic ( 1961-1983 )
Best of Class : Mercedes Benz 280SE 3.5 Cabriolet 1971
Tempat Kedua : Jaguar E-Type Series 1.5 Roadster 1967
Tempat Ketiga : Citroen 2CV6 1981

Post War Classic ( 1945-1960 )
Best of Class : MGTD 1953
Tempat Kedua : Volkswagen Beetle Type 15B Cabriolet

Pre-World War II Vintage ( Sebelum 1939 )
Best of Class : Rolls Royce Twenty Connaught Tourer 1926
Tempat Kedua : MGTB 1939


Pihak penganjur juga tidak melepaskan kesempatan untuk meraih dana untuk rumah-rumah kebajikan. Melalui President Challenge, sebanyak SGD200,000 telah berjaya dikumpul dari sebahagian hasil kutipan tiket serta lelongan pada Gala Dinner Malam Pembukaan dan Malam Anugerah yang telah diserahkan kepada Presiden Singapura.

Jam Tangan Mewah Audemars Piguet dan lukisan tempahan khas oleh Stephen Peng antara barangan yang dilelong dalam majlis ini. Dana yang dikutip dalam majlis ini telah disumbangkan kepada Persatuan Orang Bekeperluan Khas serta Persatuan Dyslexia Singapura.

Acara yang julung kali diadadakan ini telah berjaya dianjurkan dengan sokongan hebat daripada penaja-penaja ternama seperti Lamborghini, Rolls Royce, Aston Martin dan Bentley. Syarikat jam terkemuka, Audemars Piguet dan syarikat pengeluar lens terkenal, Leica turut sama memberikan sokongan kepada majlis ini.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar acara ini ;











Kredit gambar : 

Asiaone.com
Sg.Asiatatler.com
ChannelnewsAsia.com
FB page Fullerton Concours d'Elegance

No comments:

Post a Comment