Sunday, 15 July 2018

Koleksi Kereta Klasik Sultan Johor Meriahkan Fullerton Concours d'Elegance

Rolls Royce Phantom II 1934
Ulangtahun ke-90 Bangunan Fullerton di Singapura yang menempatkan Hotel Fullerton pada tahun ini disambut meriah dengan acara kereta klasik berprestij Fullerton Concours d'Elegance. Acara ini dianjurkan sendiri oleh hotel mewah Fullerton selama tiga hari bermula 29 Jun hingga 1 Julai dengan kehadiran pengunjung dianggarkan sekitar 30,000 orang.

26 buah kereta klasik dan vintaj dari negara-negara serantau telah mengambil bahagian dalam Concours berprestij ini dengan sejumlah 90 unit buah kereta dipamerkan. Pengunjung juga berkesempatan untuk melihat koleksi kereta klasik dan vintaj milik Sultan Johor dimana Baginda berkenan untuk mempamerkan 12 unit koleksi miliknya untuk acara ini.