Sunday, 20 May 2018

Rolls Royce Corniche Rangkul Anugerah Pilihan Ramai di Pertandingan KL Klasikka


KL Klassika merupakan satu inisiatif yang dirancang oleh bahagian Budaya, Seni, Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Yayasan Septronic, sebuah NGO yang menyediakan latihan, pembangunan dan bantuan kepada remaja berisiko. Acara ini bermatlamat untuk mempromosikan pelancongan dan mewujudkan kesedaran terhadap tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur dan budaya kereta dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dengan kerjasama Kuala Lumpur City Gallery, KL Klasikka bertemu di Dataran Merdeka pada Ahad minggu kedua setiap bulan pada jam 8.30 pagi hingga 11 pagi. Sesi ini terbuka buat penggemar kereta, pelancong dan orang ramai tanpa memerlukan keahlian kelab ataupun kereta.


Sunway Putra Mall, sebagai salah sebuah pemain korporat di Kuala Lumpur telah menjadi tuan rumah untuk KL Klassika's Vintage Cars Competition pada 13 Mei dengan mempamerkan 12 buah kereta unik dari tahun 50-an hingga 80-an. 

Orang ramai telah memilih kereta Rolls Royce Corniche 1963 berwarna merah ruby sebagai Kereta Pilihan diikuti Volkswagen Kubel 181 tahun 1972 di tempat kedua. Kereta MGA 1959 pula berjaya menduduki tempat ketiga sebagai kereta pilihan ramai.

Terima Kasih,

Yang Benar.
Dato' Hj. Noorul Ariffin B. Abd Majeed DIMP, AMN, PJK
Pengerusi Yayasan Septronik & Sekretariat KL Klasikka





Kredit : CP Nidthia

No comments:

Post a comment