Friday, 30 March 2018

Miliki Belasan Kereta Ferrari, Tapi Direject Ferrari Untuk Beli LaFerrari Aperta. Kenapa?

David Lee bergambar bersama dengan koleksi kereta Ferrari miliknya
Jika anda seorang petrolhead dan memiliki akaun Instagram, sudah pasti anda akan mengikuti akaun seorang lelaki berbangsa Cina yang tinggal di California bernama David Lee. Beliau merupakan pemilik syarikat Hing Wa Lee Jeweler yang mewarisi kekayaan bapanya yang merupakan salah seorang pengukir barang kemas terbaik di Hong Kong pada sekitar tahun 70-an.

Kekayaan beliau menurut Forbes dianggarkan bernilai US$300 juta ( RM1.1 bilion ) dan butiknya di Del Mar Avenue, San Gabriel merupakan aset kebanggaannya yang menjadi lambang kejayaan beliau sebagai seorang imigran yang berjaya di Amerika.

Namun beliau dikenali ramai bukanlah disebabkan karier beliau sebagai penjual barang kemas. Beliau lebih sinonim sebagai salah seorang pemilik koleksi Ferrari terbaik di California. Menurut LA Times, beliau berjaya mengumpul kesemua koleksi supercar moden yang dibina oleh Ferrari iaitu Ferrari Enzo 2003, Ferrari F50 1995, Ferrari F40 1990, Ferrari 280 GTO 1985 dan Ferrari 288 Evoluzione.


Selain daripada itu, beliau juga memiliki beberapa unit Ferrari ekzotik yang lain seperti Ferrari 275GTB short nose 1968 yang mana hanya lima buah unit dikeluarkan selain Ferrari 250 Lusso 1964. Harga yang dianggarkan untuk sebuah Ferrari 275GTB adalah sekitar RM11.5 juta manakala bagi Ferrari 250 Lusso adalah sekitar RM5.5 juta.

David Lee begitu berminat untuk menjadi duta jenama Ferrari menyebabkan beliau berbelanja besar untuk membeli kesemua supercar moden Ferrari tiga tahun lepas.

" Saya berkeinginan untuk menjadi brand ambassador, dan menjadi inspirasi kepada pemilik-pemilik koleksi yang muda untuk menghargai kereta klasik. Saya juga ingin  memandu Ferrari tujuh hari seminggu dan mengalami sendiri tradisi Ferrari. " - David Lee

Ferrari 250 Lusso 1964

Beberapa kenderaan yang beliau miliki telah dibeli dari muzium automotif terkemuka iaitu Petersen Automotive Museum dan sebuah lagi dibeli daripada salah seorang pengasas jenama fesyen wanita terkenal, Victoria Secret.

Beliau juga memberikan pandangan mengenai pasaran kereta klasik di China
" Saya fikir pasaran China akan menjadi lebih penting untuk kereta klasik. Mereka tidak terlalu aktif sekarang ini namun pada masa akan datang ya. Dan hal ini akan melonjakkan lagi harga ke paras yang lebih tinggi. " - David Lee
Namun disebalik pelbagai kisah dan jutaan ringgit perbelanjaan terhadap Ferrari untuk menjadi salah seorang pelanggan elit Ferrari, beliau turut mempunyai kisah sedih.

Ferrari 275GTB 1968
Beliau bercita-cita untuk memiliki LaFerrari Aperta V12 yang hanya 200 unit akan dibina dimana model ini boleh dibeli oleh pelanggan terpilih pada harga $2.2 juta ( RM8.5 juta ). Namun begitu, setelah mempunyai hubungan yang teguh dengan pengedar Ferrari, beliau tidak terpilih untuk menjadi salah seorang pelanggan yang berpeluang untuk membeli model ekzotik ini.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, beliau telah melakukan pelbagai perkara untuk meningkatkan lagi peluangnya memiliki kereta itu seperti pergi ke kilang Ferrari untuk terlibat dengan latihan pemanduan Ferrari di Maranello. Beliau juga telah membeli beberapa unit model Ferrari untuk dibaikpulih untuk meningkatkan lagi reputasinya dalam kalangan pemilik kereta Ferrari dengan mempamerkan koleksinya di Pebble Beach Concours d'Elegance.

Beliau juga menempah empat unit Ferrari pelbagai model dengan harapan Ferrari akan menyenaraikan namanya sebagai salah seorang bakal pemilik LaFerrari Aperta
" Untuk membeli kereta edisi terhad, anda perlu membeli beberapa buah kereta yang anda tidak mahu " - David Lee


Walaubagaimanapun, beliau dihampakan pada 2017 kerana tidak disenaraikan sebagai bakal pemilik Ferrari LaFerrari Aperta sebaris dengan nama-nama besar yang lain seperti Felipe Massa ( bekas pemandu F1 ) dan Gordon Ramsay ( chef selebriti ). Namun pembelian oleh 200 pelanggan terpilih Ferrari ini datang dengan sebuah syarat iaitu tidak boleh menjual unit yang ditempah mereka itu kepada orang lain dalam tempoh 18 bulan.

Syarat ini diletakkan bagi mengekalkan exclusivity model LaFerrari Aperta agar tidak berlaku pindah milik secara besar-besaran yang boleh menjejaskan reputasi Ferrari sebagai pengeluar kereta sports ekslusif.
" Mereka cuba untuk mengekalkan kereta-kereta mereka di dalam kalangan pemilik yang betul, dan mereka telah melakukan kerja yang baik untuk mengekalkan exclusivity ini " - Ahli Lembaga Pengarah, Muzium Automotif Petersen, Bruce Meyer


Beberapa sumber yang rapat dengan Ferrari mengulas mengenai hal ini dan mengatakan bahawa sikap David Lee yang suka menayang keretanya telah memalukan syarikat Ferrari meskipun ia bertujuan untuk mempromosikan jenama Ferrari.
" Ferrari tidak minat dengan publisiti yang dicipta olehnya ( David Lee ), Mereka tidak sukakan publisiti manakala dia gemarkan publisiti " - sumber
Meskipun sedih dengan perkembangan ini, beliau masih positif dan akan terus berkongsi dengan pengikutnya mengenai gaya hidupnya sebagai penggemar kereta.

" Saya akan terus berkongsi pengalaman sebagai pemilik kereta Ferrari dengan orang ramai dan akan memandunya sekerap mungkin. Tak ada apa yang lebih teruk daripada seorang pemilik koleksi yang menyimpan koleksinya di dalam garaj dan tak memandunya. Itu amat memalukan " - David Lee

Sehingga kini, akaun David Lee di Instagram mempunyai lebih 722,000 pengikut dengan lebih 5,000 gambar. Anda boleh melihat gambar-gambar koleksi kereta miliknya disini

4 comments:

  1. You are really good guy, Ferrari must give you a great award coz all your collection is Ferrari. Me love Ferrari live Ferrari dream Ferrari but still waiting for my time to buy and drive. Waiting for my dream one day will true. Good day MR. David Lee. One day your dream also will came true went I pray to god will pray for your susses too .

    ReplyDelete
  2. useless...go and collect Proton, u will make the whole nation proud

    ReplyDelete
  3. The 430 Scuderia was controlled by the equivalent mid-engined, 4.3 liter, DOHC V8 motor, with four valves for every barrel and dry sump oil, as the F430.
    used vehicles for sale

    ReplyDelete
  4. A great many people like to book their vehicle ahead of time while taking some time off or for excursions for work. Modest vehicle rental is simpler to get by booking early on the web, and by doing so they ensure they get the vehicle they need, and not exactly 'what's accessible'. Others don't appear to fret over forward booking of recruit vehicles: they will book air tickets and train tickets ahead of time yet leave their vehicles to karma! hyundai repair

    ReplyDelete