![]() |
David Lee bergambar bersama dengan koleksi kereta Ferrari miliknya |
Jika anda seorang petrolhead dan memiliki akaun Instagram, sudah pasti anda akan mengikuti akaun seorang lelaki berbangsa Cina yang tinggal di California bernama David Lee. Beliau merupakan pemilik syarikat Hing Wa Lee Jeweler yang mewarisi kekayaan bapanya yang merupakan salah seorang pengukir barang kemas terbaik di Hong Kong pada sekitar tahun 70-an.
Kekayaan beliau menurut Forbes dianggarkan bernilai US$300 juta ( RM1.1 bilion ) dan butiknya di Del Mar Avenue, San Gabriel merupakan aset kebanggaannya yang menjadi lambang kejayaan beliau sebagai seorang imigran yang berjaya di Amerika.
Namun beliau dikenali ramai bukanlah disebabkan karier beliau sebagai penjual barang kemas. Beliau lebih sinonim sebagai salah seorang pemilik koleksi Ferrari terbaik di California. Menurut LA Times, beliau berjaya mengumpul kesemua koleksi supercar moden yang dibina oleh Ferrari iaitu Ferrari Enzo 2003, Ferrari F50 1995, Ferrari F40 1990, Ferrari 280 GTO 1985 dan Ferrari 288 Evoluzione.