Thursday, 15 June 2017

Concours Villa d'Este : Acara Berprestij di Itali Yang Dihidupkan Kembali

Ferrari Daytona 365GTB

Concours d'Eleganza Villa d'Este di Lake Como, utara Itali pertama kali diadakan pada 1 September 1929 dianjurkan oleh Kelab Automobil Como. Como merupakan kawasan ekslusif yang terletak di Lombardy, Itali dan terkenal dengan pemandangan indah di tepi tasik. Keindahannya ini membuatkan ia terkenal dalam kalangan selebriti Hollywood seperti George Clooney yang memiliki kediamannya di situ.


Bahkan jika anda pernah menonton filem Ocean's Twelve yang diarahkan oleh Steven Sodenbergh, pencuri hasil seni dikenali sebagai Night Fox yang merupakan seorang Baron turut tinggal di Lake Como.