Saturday, 18 March 2017

Pameran Kereta Klasik London Raikan Ulangtahun ke-70 Ferrari


Pusat Konvensyen ExCel London yang terletak di timur kota London telah dikunjungi hampir 37,000 orang bagi menyaksikan sendiri Pameran Kereta Klasik London yang julung kali diadakan. Acara tiga hari ini bermula dari 23 Februari hingga 26 Februari dan tahun 2017 merupakan tahun ketiga pameran ini diadakan oleh Historic Motorsport International.

Tarikan utama pameran ini sudah semestinya terletak pada jenama ikonik Itali iaitu Ferrari. Sebanyak kira-kira 20 buah kereta Ferrari dipamerkan dalam acara ini yang meraikan ulangtahun ke-70 mereka. Antara kereta legenda Ferrari yang memukau mata penonton ialah Ferrari Daytona, 275 GTB, Dino, 250 GT California, F40, F50 dan 250 GTO.


Penghormatan turut diberikan kepada pelumba kereta legenda, Jacky Ickx yang pernah memenangi kejuaraan 24 jam Le Mans sebanyak enam kali. Beliau dianggap sebagai pelumba paling berjaya sepanjang zaman kerana bukan sahaja memenangi Le Mans, beliau juga pernah memenangi lapan perlumbaan F1, menamatkan 24 perlumbaan dalam kedudukan podium, memenangi CamAm Championship dan merupakan bekas juara Rali Dakar.


Jackie Ickx merasmikan pembukaan Pameran Kereta Klasik London
" Saiz, jumlah peserta serta bilangan hadirin... Pameran Kereta Klasik London terus berkembang dan berkembang... Tribute terhadap Ferrari sememangnya merupakan sebuah kejayaan kerana saya diberitahu beberapa dealers telah berjaya menjual kereta mereka sekaligus membuktikan populariti acara ini. Kami boleh mengesahkan Pameran Kereta Klasik London dan pihak Historic Motorsports International akan kembali lagi tahun  hadapan pada 15 hingga 19 Februari dengan lebih gah di ExCel " kata pengarah acara, Bas Bungish.

Acara ini turut dihadiri oleh beberapa juara Le Mans yang lain seperti Jackie Oliver, Jurgen Barth dan Derek Bell. Abarth, Aston Martin serta Maserati turut mengambil kesempatan untuk mempamerkan khazanah mereka dalam acara berprestij ini. Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil oleh Sportscardigest.com dan beberapa laman web lain;


Mercedes Benz 300SL Gullwing dipamerkan oleh Duncan Hamilton

Lamborghini Countach

Lamborghini Miura

Porsche 918 Spyder

Jaguar XJ220

Bugatti Veyron

Porsche 356

Ferrari 328GTS

Chevrolet Corvette C1




















No comments:

Post a Comment