Saturday, 18 March 2017
Pameran Kereta Klasik London Raikan Ulangtahun ke-70 Ferrari
Pusat Konvensyen ExCel London yang terletak di timur kota London telah dikunjungi hampir 37,000 orang bagi menyaksikan sendiri Pameran Kereta Klasik London yang julung kali diadakan. Acara tiga hari ini bermula dari 23 Februari hingga 26 Februari dan tahun 2017 merupakan tahun ketiga pameran ini diadakan oleh Historic Motorsport International.
Tarikan utama pameran ini sudah semestinya terletak pada jenama ikonik Itali iaitu Ferrari. Sebanyak kira-kira 20 buah kereta Ferrari dipamerkan dalam acara ini yang meraikan ulangtahun ke-70 mereka. Antara kereta legenda Ferrari yang memukau mata penonton ialah Ferrari Daytona, 275 GTB, Dino, 250 GT California, F40, F50 dan 250 GTO.
Friday, 3 March 2017
Bond In Motion : Muzium Filem London Pamerkan Koleksi Kereta James Bond
![]() |
Aston Martin DB5 |
Kutipan keseluruhan filem ini juga merupakan yang keempat tertinggi selepas siri filem Marvel, Harry Potter dan juga Star Wars dengan nilai kutipan sekitar $7 bilion ataupun kira-kira RM31.15 bilion. Salah satu aspek menarik mengenai James Bond adalah pemilihan kenderaan yang digunakan dalam filem mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)