Thursday, 15 June 2017

Concours Villa d'Este : Acara Berprestij di Itali Yang Dihidupkan Kembali

Ferrari Daytona 365GTB

Concours d'Eleganza Villa d'Este di Lake Como, utara Itali pertama kali diadakan pada 1 September 1929 dianjurkan oleh Kelab Automobil Como. Como merupakan kawasan ekslusif yang terletak di Lombardy, Itali dan terkenal dengan pemandangan indah di tepi tasik. Keindahannya ini membuatkan ia terkenal dalam kalangan selebriti Hollywood seperti George Clooney yang memiliki kediamannya di situ.


Bahkan jika anda pernah menonton filem Ocean's Twelve yang diarahkan oleh Steven Sodenbergh, pencuri hasil seni dikenali sebagai Night Fox yang merupakan seorang Baron turut tinggal di Lake Como.


Saturday, 18 March 2017

Pameran Kereta Klasik London Raikan Ulangtahun ke-70 Ferrari


Pusat Konvensyen ExCel London yang terletak di timur kota London telah dikunjungi hampir 37,000 orang bagi menyaksikan sendiri Pameran Kereta Klasik London yang julung kali diadakan. Acara tiga hari ini bermula dari 23 Februari hingga 26 Februari dan tahun 2017 merupakan tahun ketiga pameran ini diadakan oleh Historic Motorsport International.

Tarikan utama pameran ini sudah semestinya terletak pada jenama ikonik Itali iaitu Ferrari. Sebanyak kira-kira 20 buah kereta Ferrari dipamerkan dalam acara ini yang meraikan ulangtahun ke-70 mereka. Antara kereta legenda Ferrari yang memukau mata penonton ialah Ferrari Daytona, 275 GTB, Dino, 250 GT California, F40, F50 dan 250 GTO.

Friday, 3 March 2017

Bond In Motion : Muzium Filem London Pamerkan Koleksi Kereta James Bond

Aston Martin DB5
Francais filem James Bond merupakan satu nama yang terkenal dalam bidang perfileman dunia. Karakter fiksyen yang dilahirkan oleh Ian Fleming telah mula difilemkan bermula tahun 1962 dimana Sean Connery diberikan penghormatan memegang watak agen Double-0 Seven. Sehingga kini, James Bond telah menjadi siri filem paling lama ditayangkan di dunia dengan lebih 24 buah filem.

Kutipan keseluruhan filem ini juga merupakan yang keempat tertinggi selepas siri filem Marvel, Harry Potter dan juga Star Wars dengan nilai kutipan sekitar $7 bilion ataupun kira-kira RM31.15 bilion. Salah satu aspek menarik mengenai James Bond adalah pemilihan kenderaan yang digunakan dalam filem mereka.