Tuesday, 20 December 2016

Koleksi Kereta Saddam Hussein dan Anaknya


Nama Saddam Hussein sememangnya tidak asing lagi dalam arena politik dunia. Beliau merupakan Presiden Iraq selama 24 tahun sebelum digulingkan oleh Amerika Syarikat pada tahun 2003. Anak sulungnya, Uday Hussein merupakan seorang penyimpan koleksi tegar kereta mewah.

Koleksi keretanya telah dikawal dan dirampas oleh tentera Amerika Syarikat setelah pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq. Apa yang mengejutkan orang ramai adalah mengenai warna Ferrari Testarossa miliknya. Testarossa yang bermaksud red head ( kepala merah ) kebanyakkan dikeluarkan berwarna merah.

Meskipun mempunyai rekod yang ganas seperti jenayah mendera atlet, Uday telah mewarnakan Ferrari Testarossanya dengan warna merah jambu ( pink ) yang secara kebiasaannya sinonim dengan wanita. Hal ini menimbulkan kehairanan dalam kalangan rakyat Iraq.

Ferrari F40 milik Uday
Uday yang pernah tidak sebulu dengan Saddam Hussein turut memiliki Ferrari F40. Ferrari F40 merupakan antara model supercar yang dikeluarkan Ferrari. Menurut rekod, hanya 1,311 unit F40 dikeluarkan dan Uday merupakan salah seorang pemiliknya. Beliau dikatakan membayar sebanyak US$400,000 untuk memiliki model flagship Ferrari ini.

Kini, harga Ferrari F40 dianggarkan bernilai sekitar RM 5.5 juta.

Salah sebuah kereta menarik yang berada dalam koleksi bapanya pula adalah Mercedes Benz 770 Type II tahun 1943 ( W150 ). Sepanjang tempoh pengeluarannya iaitu dari tahun 1930 hingga 1943, hanya 205 unit dikeluarkan oleh Mercedes dan bagi Type II yang dikeluarkan dari tahun 1938 hingga 1943, hanya 88 unit dikeluarkan.

Mercedes Benz 770 Type II 1943
Salah seorang pemilik terkenal Mercedes Benz 770 ialah Adolf Hitler, pemimpin Nazi Jerman yang dikenali ramai sebagai seorang diktator.

Mercedes 600, Porsche 911, Rolls Royce Silver Spur dan Corniche serta Mercedes Benz 540K antara kereta yang dimiliki Uday dan bapanya, Saddam Hussein 

Berikut merupakan gambar-gambar koleksi kereta milik Uday dan bapanya, Saddam Hussein ;

Anggota tentera Amerika Syarikat bergambar bersama Porsche milik anak diktator itu


Mercedes Benz 600 milik Saddam Hussein


Mercedes Benz 540K



Koleksi kereta Rolls Royce yang berada dalam simpanan beliau


Ferrari Testarossa berwarna pink milik Uday

Mercedes Benz 770 yang digunakan oleh Adolf Hitler

No comments:

Post a Comment