Tuesday, 13 December 2016

Agong XIV Hadiri Sambutan Kemerdekaan 2016 Menggunakan Mercedes 600

Ketibaan SPB Yang di-Pertuan Agong - gambar oleh Mstar

Ketibaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke Sambutan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka telah diraikan dengan meriah sekali oleh hadirin. Tepat jam 8.00 pagi, Tuanku Sultan tiba dengan menggunakan Mercedes 600 Pullman berwarna biru tua.

Kehadirannya kali ini merupakan yang terakhir kerana penggalnya sebagai Yang di-Pertuan Agong akan tamat pada Disember tahun ini. Mungkin disebabkan itu, Baginda memilih untuk menggunakan Mercedes 600 bukannya kereta moden yang lain seperti Rolls Royce Phantom ataupun Maybach 63 seperti kebiasaannya.

Mercedes 600 boleh dianggap sebagai kereta paling berprestij di dunia kerana sering kali dimiliki oleh pemimpin-pemimpin dunia. Antara individu berpengaruh yang memiliki Mercedes adalah Saddam Hussein ( Perdana Menteri Iraq ), Shah Reza Pahlavi ( Raja Iran ), Sukarno ( Presiden Indonesia ) dan Fidel Castro ( Presiden Cuba ).

SPB Yang di-Pertuan Agong disambut oleh jemaah menteri

James May, pengacara rancangan automotif popular, Top Gear dalam nada berseloroh menyatakan kepada rakan hosnya, Jeremy Clarkson bahawa pemilik Mercedes 600 telah bertanggungjawab membunuh berjuta orang.

Dengan menggunakan enjin sebesar 6.3 liter, sebanyak 2,677 unit Mercedes 600 sahaja dikeluarkan oleh Mercedes. Ketika model ini dikeluarkan, ia merupakan kereta Mercedes paling mahal yang dijual oleh Mercedes iaitu pada harga $22,000 ataupun sekitar $168,000 selepas mengambil kira kadar inflasi.

Gambar ;


Gambar oleh Berita Harian





No comments:

Post a Comment