Monday, 26 December 2016

Kisah Anak Taib Mahmud Yang Gagal Beli Syarikat Bugatti


Sulaiman Abdul Rahman Bin Abdul Taib Mahmud, anak kepada Ketua Menteri Sarawak ( kini Yang di-Pertua Negeri Sarawak ) mempunyai perancangan untuk membeli syarikat automotif berprestij, Bugatti bagi menambah bilangan perniagaan dibawah pemilikan keluarga mereka. Bagaimanapun, rakan Sulaiman menyatakan bahawa TS Taib Tahmud kurang berminat dengan cadangan itu. Ketua Menteri yang mengawal aliran wang untuk keluarganya itu membantah cadangan itu. Menurutnya lagi, Sulaiman mengambil masa hampir seminggu untuk berbincang mengenai cadangan perniagaan itu.

Pendedahan mengenai kisah Sulaiman Taib ini diceritakan oleh rakan sekolejnya iaitu Kevin C. Limjoco yang pernah belajar sekali di San Francisco bersamanya. Ketika berada di sana, beliau juga dikenali sebagai seorang playboy dan penggemar kereta sports. Meskipun begitu, rakan perniagaanya menyifatkan beliau sebagai seorang yang teragak-agak dalam membuat keputusan ketika ditugaskan untuk menguruskan syarikat rahsia TS Taib Mahmud di Amerika Syarikat, Sakti International.

Tuesday, 20 December 2016

Koleksi Kereta Saddam Hussein dan Anaknya


Nama Saddam Hussein sememangnya tidak asing lagi dalam arena politik dunia. Beliau merupakan Presiden Iraq selama 24 tahun sebelum digulingkan oleh Amerika Syarikat pada tahun 2003. Anak sulungnya, Uday Hussein merupakan seorang penyimpan koleksi tegar kereta mewah.

Koleksi keretanya telah dikawal dan dirampas oleh tentera Amerika Syarikat setelah pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq. Apa yang mengejutkan orang ramai adalah mengenai warna Ferrari Testarossa miliknya. Testarossa yang bermaksud red head ( kepala merah ) kebanyakkan dikeluarkan berwarna merah.

Tuesday, 13 December 2016

Agong XIV Hadiri Sambutan Kemerdekaan 2016 Menggunakan Mercedes 600

Ketibaan SPB Yang di-Pertuan Agong - gambar oleh Mstar

Ketibaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke Sambutan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka telah diraikan dengan meriah sekali oleh hadirin. Tepat jam 8.00 pagi, Tuanku Sultan tiba dengan menggunakan Mercedes 600 Pullman berwarna biru tua.

Kehadirannya kali ini merupakan yang terakhir kerana penggalnya sebagai Yang di-Pertuan Agong akan tamat pada Disember tahun ini. Mungkin disebabkan itu, Baginda memilih untuk menggunakan Mercedes 600 bukannya kereta moden yang lain seperti Rolls Royce Phantom ataupun Maybach 63 seperti kebiasaannya.