Friday, 16 September 2016

Imbasan Sejarah Negara bersama Kereta Vintaj dari Sebelum Merdeka

Kunjungan Yang di-Pertuan Agong ke Melaka pada tahun 1957
Sempena ulangtahun pembentukan Malaysia yang ke-53, kami dari pihak Classic Cars Malaysia ingin berkongsikan beberapa gambar hitam putih yang berkait dengan sejarah negara Malaysia.

Antara gambar yang ingin dikongsikan adalah gambar Tunku Abdul Rahman diarak di Melaka selepas mengumumkan tarikh kemerdekaan negara pada tahun 1955. Meskipun gambar tersebut sudah sinonim dengan sejarah negara, ia merupakan suatu detik bersejarah yang berkait rapat dengan pembentukan sebuah negara yang baru.

Sembilan gambar yang lain telah diambil daripada British Pathe iaitu sebuah syarikat penyiaran British. Syarikat yang diasaskan oleh Charles Pathe ini telah beroperasi dari tahun 1910 dan menyimpan puluhan ribu rakaman dari serata pelusuk dunia.

Pada tahun 2014, syarikat ini mengambil keputusan untuk mendedahkan lebih kurang 85,000 rakaman mereka kepada orang ramai. Rakaman ini telah dimuatnaik ke dalam akaun youtube mereka iaitu British Pathe. Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil daripada arkib mereka ;


Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman diraikan dalam kunjungan yang pertama ke Melaka pada tahun 1957


Sultan Yusuf Izzudin Shah, Sultan Perak yang ke-32 telah meraikan sambutan ulangtahun keputeraannya yang ke-63 pada tahun 1953 di Ipoh, Perak.




Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi British yang baharu tiba dari lapangan terbang pada tahun 1952 bagi menggantikan Sir Henry Gurney yang maut dalam serangan hendap oleh Komunis



Penduduk Tanah Melayu meraikan keberangkatan pulang Sir Gerald Templer ke British pada tahun 1954 setelah berjaya dengan kempen " Memenangi Hati dan Fikiran Rakyat " bagi menentang pengganas Komunis



Rakyat Pulau Pinang menyambut meriah lawatan Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1958 di sana


Rolls Royce Silver Wraith yang dinaiki oleh Henry Gurney diperiksa oleh Pasukan Keselamatan selepas serangan hendap oleh Komunis pada Oktober 1951. Beliau bersama pemandunya ( warga tempatan ) maut dalam serangan tersebut ketika mereka dalam perjalanan ke Bukit Fraser untuk menghadiri mesyuarat.

Menurut Chin Peng, kematian Henry Gurney hanya diketahui melalui akhbar kerana serangan hendap mereka terhadap konvoi British merupakan aktiviti rutin mereka dalam perang gerila di Tanah Melayu

Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman sedang menunggu tayar keretanya dibaiki oleh pegawai-pegawainya

Tunku bergaya bersama kereta miliknya




Gambar ini telah diambil di Melaka pada tahun 1955 selepas sahaja Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan. Anda boleh layari artikel [ ini ] untuk lebih mengetahui mengenai sejarah Nash Rambler ini atau lebih dikenali sebagai Kereta Merdeka.

Selamat Hari Malaysia ke-53
SEHATI SEJIWA
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

1 comment:

  1. I wonder if there is any of this car leave in Malaysia

    ReplyDelete