Saturday, 13 August 2016

15 Gambar Terbaik Velocity Autoshow di One City @ USJ25

Mercedes Benz SL R107
Selepas Autofest dan Malaysia Autoshow pada bulan Jun, industri permotoran negara dimeriahkan sekali lagi dengan Velocity Motor Show pula yang berlangsung pada hujung minggu lalu (5-7 Ogos 2016). Acara selama tiga hari di One City @ USJ25 telah dirasmikan oleh YM Raja Syuibah Almarhum Sultan Idris, anakanda almarhum Sultan Perak.

Program yang dianjurkan ini telah berjaya menghimpunkan hampir kesemua kelompok kereta yang terdiri daripada supercar, custom cars bahkan classic cars ke dalam satu acara. Dan seperti yang anda tahu, motorshow tanpa model-model seksi boleh diumpamakan seperti meminum kopi tanpa susu. Kehadiran mereka yang dibawa khas oleh pihak pempamer ini sekaligus menghangatkan lagi acara ini.

Antara kereta-kereta klasik yang menarik perhatian adalah Mercedes 190SL, Ford Mustang Fastback, Chevrolet El Camino serta Chevrolet Impala. Tidak dilupakan kereta sports seperti Ferrari F430 serta Porsche 911 Carerra turut memukau pengunjung yang hadir dalam acara ini.

Untuk lebih gambar, anda boleh melihat sendiri dalam album-album yang diterbitkan dalam laman rasmi penganjur Velocity Motor Show di [ sini ]

Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil pada acara tersebut ;


MG TF Midget

Mercedes 190SL

1971 Ford Capri
Mitsuoka Le Seyde


Chevrolet Impala

Ford Mustang Fastback

Chevrolet El-Camino







No comments:

Post a Comment