Saturday, 20 August 2016

15 Gambar Koleksi Kereta Milik Jay Leno

Jay Leno bersama Jaguar E-Type 1963

Jay Leno atau nama penuhnya James Douglas Muir Leno merupakan hos TV terkenal di Amerika Syarikat yang seringkali bersiaran di National Broadcasting Company ( NBC ) melalui rancangan bual bicara malam, ' The Tonight Show with Jay Leno '. Dengan jumlah tontonan harian lebih kurang 5.7 juta setiap malam, program Jay Leno boleh diibaratkan sebagai pencabar utama kepada rancangan bual bicara " Late Show with David Letterman " sekaligus menjadikan dirinya sebagai salah seorang pengacara berpengaruh di Amerika Syarikat.

Menurut maklumat yang diambil dari internet, beliau dikatakan menerima purata US$ 30 juta setiap tahun hasil daripada rancangan bual bicara dan jelajah komedi yang dilakukannya ke seluruh Amerika. Tidak hairanlah beliau banyak menghabiskan sebahagian daripada kekayaannya yang dianggarkan bernilai RM1.4 bilion ( US$ 350 juta ) bagi mengumpul kereta dan motosikal.


Sehingga kini, beliau dikatakan memiliki sebanyak 289 buah kenderaan yang terdiri daripada 169 buah kereta dan 117 buah motosikal.  Kegilaan beliau terhadap bidang permotoran mengilhamkan beliau untuk menerbitkan rancangan televisyen bersiri yang dinamakan ' Jay Leno's Garage '. Rancangan ini berkongsikan ulasan mengenai jentera yang dimilikinya dari kereta klasik sehinggalah kereta supercar terbaru.

Beliau bersama dua buah Porsche 356

Memiliki McLaren F1, McLaren P1, Lamborghini Countach, McLaren Mercedes SLR, Dodge Challenger R/T serta pelbagai unit kereta lagi, pengasas serta presiden rumah lelongan, Gooding & Co. , David Gooding menyifatkan beliau sebagai seorang yang begitu berminat serta mempunyai pengetahuan yang luas mengenai kereta.

" Jay tidak membeli kereta untuk tujuan pelaburan, dia beli kereta semata-mata sebab minat dan cinta " tambah Gooding lagi.

Seperti mana penggemar kereta yang lain, Jay Leno juga merupakan golongan manusia yang tidak gemar serta mengehadkan pemanduannya di jalan raya. Hal ini kerana beliau mementingkan mileage kereta tersebut agak kekal rendah terutamanya kereta ekzotiknya yang baharu.

Anda boleh mengikuti laman Facebooknya di [ sini ] dan boleh juga ikuti perkembangan mengenai review terbaru mereka di saluran youtube mereka di [ sini ]. Berikut merupakan gambar-gambar kereta yang dimiliki Jay Leno

Jaguar E-Type

Jaguar XK120M Coupe 1954

Lamborghini Miura S 1969

Porsche 356

Chevrolet Corvette Stingray

Lamborghini Countach 1986

Jay Leno memandu sendiri Porsche 356 Speedster miliknya

Mercedes Benz 600 

Citroen DS
Lamborghini LM002 1992

McLaren F1

Ford GT40

Bugatti Veyron 

No comments:

Post a Comment