Saturday, 30 July 2016

Koleksi Gambar Kereta Klasik Yang Tidak Pernah Didedahkan Sebelum Ini...

Penulis bersama Jaguar D-Type yang kini berada di Muzium Automobil Kebangsaan, Litar Antarabangsa Sepang
Minat dan kegilaan penulis terhadap kereta klasik dan vintaj memang tidak dapat dibendungkan lagi semenjak kecil. Bahkan ketika penulis berada di tadika lagi, penulis telahpun mengikuti konvoi Subang-Phuket bagi mempromosikan perlumbaan F1 di pulau peranginan tersebut pada 2002.


Manakala pada tahun 2006, penulis sempat berjabat tangan dengan Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan masih terdapat dalam simpanan penulis beberapa keping gambar penulis berada di dalam Mercedes 600 dengan nombor plat AUD666 di Istana Iskandariah.

Pada tahun yang sama juga, penulis berkesempatan mengikuti konvoi ke Taiping yang dinamakan Rolls Royce Drive KL-Taiping. Konvoi ini merupakan journey terakhir penulis bersama dengan dengan bekas pengerusi F1, Tan Sri Basir Ismail sebelum beliau meninggal dunia pada tahun Februari 2007.

Penulis juga pernah mengikuti Sambutan bagi meraikan Pemerintahan jubli emas Sultan Kedah di Alor Star pada tahun 2008. Disitu juga penulis berkesempatan mengambil gambar bersama dengan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad dengan berlatarbelakangkan Chevrolet Catalina berwarna biru miliknya.

Bagi tahun 2010, penulis mengikuti dua konvoi kereta klasik iaitu ke Istana Raja Dihilir Perak bagi menghadap Tuanku Raja Dihilir Perak iaitu Raja Jaafar Raja Muda Musa ( kini Raja Muda ). Kemudiannya penulis mengikuti konvoi ke Perlis bagi meraikan sambutan ke-25 Raja Perlis dengan menaiki BMW 3.0 CSi. 

Dan pada tahun 2011 merupakan kali terakhir penulis mengikuti konvoi kereta klasik iaitu ke Istana Seri Menanti anjuran Royal Malaysia Vintage & Classic Car Club.

Disebabkan banyak gambar-gambar yang diambil dahulu kala menggunakan kamera kodak. Penulis terpaksa mencari satu persatu album yang berada di bawah meja televisyen di rumah penulis. Dan inilah hasilnya...

Mungkin konvoi bagi meraikan sambutan hari Kebangsaan... Tiada rekod untuk gambar ini


Gambar yang diambil untuk sambutan bagi meraikan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah

Dato Paduka Mukhriz Mahathir bersama dengan AC Cobra Replica 


Pontiac Catalina milik Tun Mahathir yang kini berada di galerinya di Langkawi

Mercedes Benz SL R107

Rolls Royce Corniche

MG TD 2000 dipercayai  pernah dimiliki oleh Sultan Selangor

No comments:

Post a Comment