Saturday, 30 July 2016

Koleksi Gambar Kereta Klasik Yang Tidak Pernah Didedahkan Sebelum Ini...

Penulis bersama Jaguar D-Type yang kini berada di Muzium Automobil Kebangsaan, Litar Antarabangsa Sepang
Minat dan kegilaan penulis terhadap kereta klasik dan vintaj memang tidak dapat dibendungkan lagi semenjak kecil. Bahkan ketika penulis berada di tadika lagi, penulis telahpun mengikuti konvoi Subang-Phuket bagi mempromosikan perlumbaan F1 di pulau peranginan tersebut pada 2002.


Manakala pada tahun 2006, penulis sempat berjabat tangan dengan Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan masih terdapat dalam simpanan penulis beberapa keping gambar penulis berada di dalam Mercedes 600 dengan nombor plat AUD666 di Istana Iskandariah.

Wednesday, 20 July 2016

Byfield Jaguar Jadi Tumpuan Utama di Motor Museum of Western Australia


Kehilangan penulis baru-baru ini daripada dunia Classic Cars Malaysia bermula awal bulan ini didorong oleh kesibukan menyambut Aidilfitri. Disulami dengan kehangatan kejuaraan bola sepak di Eropah membuatkan jadual penulis tidak terurus kerana penulis perlu melakukan persiapan untuk bercuti ke Perth, Australia juga.

Keinginan mendalam ibu penulis untuk melihat Kangaroo yang sinonim dengan Australia menyebabkan penulis mengambil keputusan untuk melawat Whiteman Park. Taman ini terletak 20 minit ke utara Perth dan turut menempatkan Muzium Permotoran Australia Barat.