Tuesday, 28 June 2016

Mercedes Benz 280SEL Milik Elvis Presley untuk Dijual di e-Bay


Kereta Mercedes Benz 280SEL milik ikon Rock & Roll terkenal, Elvis Presley kini tersenarai di dalam laman web jual beli terkenal, e-Bay. Sebelum ini, Mercedes 600 1969 turut dijual di dalam e-Bay dengan harga US$550,000. 

Mercedes Benz 280SEL ini disenaraikan oleh syarikat kereta klasik terkenal, Daniel Schmitt & Co. yang berpangkalan di Missouri, Amerika Syarikat. Model flagship Mercedes ini dibuat pada tahun 1971 dengan menggunakan enjin 2.8l inline 6 silinder yang mampu menyalurkan 160 kuasa kuda. Meskipun berusia 35 tahun, kereta ini hanya dipandu sebanyak 80,312 batu sahaja iaitu bersamaan dengan 129,249 km

Warna kereta ini apabila dibeli oleh Elvis Presley dari Robertson's Mercedes pada Disember 1970 ialah Dark Red. Namun begitu, Elvis Presley menukarkan warna tersebut kepada Alpha Crystal Blue Metallic yang mana serupa dengan Mercedes 600 1970 miliknya yang telah dilelong oleh Bonhams pada 2010.



Selepas kematiannya pada tahun 1977, kereta ini telah disimpan di Muzium Tennessee sehingga awal tahun ini. Menariknya kereta ini ialah nombor pendaftaran masih sama seperti mana yang digunakan oleh Elvis Presley dan segala geran dan dokumen telah disimpan baik oleh pihak berkenaan.

Di e-Bay, kereta ini telah sedia dilepaskan terus pada harga $199,900 iaitu sekitar RM814,000 namun jika anda ingin membida, penjual sedia menjual kereta ini pada harga melebihi $179,770 iaitu sekitar RM 724,000. Harga pasaran untuk kereta seumpama ini hanya sekitar $15,000 iaitu lebih kurang RM60,000. Ini menunjukkan premium yang ditambah oleh kereta ini kerana pernah dimiliki oleh Elvis Presley adalah lebih kurang RM750,000.

Gambar-gambar Mercedes Benz 280SEL milik Elvis Presley ;












Dengar cerita Lamborghini Countach yang pernah dimiliki drummer Pink Floyd, Nick Mason turut berada di Malaysia......

* Kini alamat laman web kami telah bertukar kepada www.classiccarsmalaysia.com.my 

No comments:

Post a Comment