Sunday, 19 June 2016

( Gambar ) Art of Speed 2016 : Keluarbiasaan yang Luar Biasa



Dengan moto ' Cara Kita Luar Biasa ', Art of Speed 2016 yang dianjurkan oleh pasukan yang diketuai oleh Asep Ahmad dan isterinya, Deni sekali lagi memeriahkan waktu hujung minggu peminat permotoran di Malaysia. Bertempat di MAEPS, Serdang, acara selama dua hari yang berlangsung pada 28 & 29 Mei ini telah berjaya mengumpulkan penggemar kereta dan motosikal custom di seluruh pelusuk tanahair.

Meskipun yuran kemasukan meningkat dari RM10 kepada RM15, koleksi kereta dan motosikal yang dipamerkan di dalam acara ini bertaraf antarabangsa. Motosikal-motosikal yang dicaferacerkan serta puluhan kereta yang dicustomizekan mencuri perhatian pengunjung meskipun ia bukannya forte penulis kerana penulis lebih cenderung kepada concourse style condition.


Kehadiran Steve Caballero iaitu skater professional daripada California turut menarik perhatian terutamanya bagi penggemar papan luncur di Malaysia. Kemungkinan besar penulis pernah memilih untuk menggunakannya dalam permainan video Tony Hawk's Pro Skater dahulu di Play Station I.

Pengunjung bertuah juga dapat merasai pengalaman berdrifting bersama Prince of Drift, Tengku Djan Ley. Pertunjukan Lowrider Hopping oleh Hi-Technix dari Jepun menggunakan Chevrolet Malibu telah menggegarkan dewan tambahan lagi dengan sorakan pengunjung yang hadir.



Motosikal Triumph, Harley Davidson serta Indian turut kelihatan dipamerkan dalam acara ini sekaligus menarik peminat-peminat motosikal seluruh Malaysia. Begitu juga dengan beberapa unit kereta klasik custom seperti Mercedes Benz 300SL dan Pontiac Firebird Trans-Am.

Apa yang menarik dalam acara kali ini adalah dewan kedua yang sebelum ini digunakan sebagai tapak perniagaan Tempatan-Fest telah diisi dengan puluhan unit kereta yang rata-rata terdiri daripada model JDM.

Secara keseluruhannya, Art of Speed Malaysia 2016 berjaya mencapai objektif mereka bagi meletakkan minat customs ini ke suatu tahap yang lebih tinggi meskipun mereka mempunyai perjalanan yang lebih panjang. Acara ini juga boleh dianggap sebagai satu acara lain daripada yang lain kerana temanya yang unik... Akhir kata, Art of Speed 2016 merupakan satu keluarbiasaan yang luar biasa.

Berikut merupakan gambar yang diambil dalam acara ini;
































No comments:

Post a Comment