Malaysia-Singapore Vintage Car Register ( MSVCR ) dengan kerjasama Freeport A'Famosa Outlet telah berjaya mengumpulkan lebih 50 unit kereta klasik pelbagai jenama untuk dipamerkan di hadapan shopping mall tersebut yang terletak di Alor Gajah, Melaka.
Acara yang berlansung pada 7 dan 8 Mei 2016 dengan penyertaan kereta dari Malaysia dan Singapura turut memukau pengunjung menyebabkan mereka tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan kereta-kereta yang dipamerkan.
Antara kereta yang menarik perhatian penulis adalah Mercedes Benz 280SL Pagoda Top dari Singapura. Kereta ini antara beberapa buah high-value classic cars yang terlibat selain Panther J72 dan Ferrari 348.
 |
Ferrari 348 |
Beberapa kereta terpilih seperti Ford Thunderbird, Volvo P1800, BMW 2002, Triumph TR4A-IRS dan Chevrolet Monte Carlo telah dipamerkan di dalam kompleks beli belah ini. Meskipun pelbagai kereta menarik dipamerkan di dalam acara kali ini, penulis agak kecewa kerana tidak dapat melihat Ferrari Dino di dalam poster yang diiklankan untuk program ini.
Secara keseluruhannya, acara ini berjaya menghimpunkan pemilik-pemilik kereta klasik dan vintaj dan turut memberikan nilai tambah buat pengunjung yang hadir kerana berkesempatan melihat puluhan unit kereta klasik dalam jarak yang dekat.
Berikut adalah gambar-gambar yang diambil dari acara ini ;
 |
Volvo P1800 |
 |
MG MGA |
 |
Mercedes Benz SL R107 |
 |
Lotus Espirit |
 |
MG MGA |
 |
MG TF |
 |
MINI Cooper |
 |
Mercedes Benz 300SL R107 |
 |
MGB GT |
 |
Ford Falcon Station Wagon |
 |
Mercedes Benz Ponton |
 |
MG MGB |
 |
Mercedes Benz 300SL R107 |
 |
Mercedes Benz 280SL Pagoda W113 |
 |
Alfa Romeo 2000 |
 |
Ford Thunderbird |
 |
Chevrolet Monte Carlo |
 |
Volvo P1800 |
 |
BMW 2002 |
 |
Triumph TR4A-IRS |
Beautiful....this kind of meet is becoming rarer and rarer every year.....I miss the 80s so much
ReplyDelete