Monday, 23 May 2016

20 Gambar Terbaik Concourso d'Eleganza Villa d'Este di Itali


Concourso d'Eleganza Villa D'Este merupakan Concourse d'Elegance yang diadakan secara tahunan di Hotel Villa d'Este ( dahulu dikenali sebagai Villa del Garavo ) di Lake Como, Itali.  Acara ini mula diperkenalkan 1 September 1929 oleh Kelab Automotif Como yang mana telah menarik lebih 80 penyertaan dari pemilik dan penggemar kereta.

Acara yang berlangsung pada 20-22 Mei 2016 untuk tahun ini boleh dikatakan setanding dengan penganjuran acara concours berprestij yang lain seperti di Monte Carlo dan Paris kerana kereta yang terlibat hampir kesemuanya berada dalam keadaan dan kualiti yang terbaik ketika itu.




Concours ini terus diadakan dari tahun 1929 hingga 1951 secara berkala kerana beberapa krisis yang menghadapi Eropah ketika itu. Dari tahun 1940 hingga 1947, acara ini diadakan sekali sahaja iaitu pada September 1947 kerana Itali terlibat dalam perang pada September 1940 ( berkait rapat dengan Perang Dunia ke-2 ).  

Selepas daripada tahun 1951, acara ini tidak pernah dianjurkan namun telah dihidupkan kembali oleh sejarawan dan penulis automobil Itali, Tito Anselmi pada tahun 1995. Kini, acara yang sering kali ditaja oleh BMW untuk 10 tahun belakangan ini telah menjadi salah satu acara kereta klasik dan vintaj paling berprestij setanding dengan Pebble Beach dan Amelia Island Concours d'Elegance.


Berikut adalah gambar-gambar lain dalam acara tersebut ;




















No comments:

Post a comment