Monday, 11 April 2016

Rolls Royce Phantom II Meriahkan Himpunan Bulanan My Classic Car



Kumpulan penggemar kereta klasik dan vintaj, My Classic Car pada pagi 10 April telah mengadakan himpunan bulanan bersama pemilik-pemilik kereta klasik dan vintaj. Menurut Michael Sundram, penganjur acara ini, gathering point ( tempat pertemuan ) dirancang di hadapan Kelab Diraja Selangor namun ditukar ke Sekolah Perempuan Kuen Cheng di Lebuhraya Persekutuan kerana Dataran Merdeka digunakan untuk acara yang lain.

" Lebih kurang 20 unit kereta menyertai drive pada pagi ini, 10 unit lagi on the way dari Putrajaya kerana terlibat dalam sambutan hari JPJ di Putrajaya " katanya lagi ketika ditemui di Restoran INT di SS13, Subang Jaya untuk sarapan pagi bersama kesemua peserta.

Dalam acara ini, Rolls Royce Phantom II 1934 milik Dato' Sia Hok Kiang yang pernah menyertai Trans-America Challenge Rally pada tahun lalu boleh dikatakan main highlight pada pagi tersebut . Hanya 1,680 unit Phantom II dikeluarkan oleh Rolls Royce dari tahun 1929 hingga 1936 sebelum digantikan dengan Phantom III. Menurut pemiliknya, kereta ini akan dihantar ke China pada 27 April ini menggunakan kapal bagi menyertai Rally from Peking to Paris yang dijadualkan bermula pada 12 Jun 2016 sehingga 17 Julai 2016.

Michael Sundram bersama Volvo P1800 miliknya

Volvo P1800, Volkswagen Combi, BMW 6-series E24, Cadillac de-Ville Coupe 1959 antara kereta yang menarik perhatian orang ramai. Michael Sundram yang memandu Volvo P1800 tahun 1965 menjelaskan bahawa kereta miliknya itu merupakan satu-satunya P1800 dengan pemanduan sebelah kiri yang berada di Malaysia. 

Beliau yang pernah menjadi ahli jawatankuasa dalam Malaysia-Singapore Vintage Car Register ( MSVCR ) melahirkan rasa bimbang terhadap trend semasa industri kereta klasik di Malaysia dimana pada belakangan ini, kereta klasik dan vintaj yang bernilai tinggi kerap kali dieksport keluar kerana permintaan yang tinggi dari negara luar. Bilangan kereta klasik dan vintaj akan berkurangan sedikit demi sedikit jika perkara ini berterusan tegasnya lagi.

Selain itu, beliau juga berharap budaya berpuak-puak dalam kalangan penggemar kereta klasik dan vintaj dapat ditamatkan dengan penubuhan My Classic Car kerana kumpulan ini tidak memerlukan yuran keahlian serta birokrasi kelab untuk pemilik kereta klasik menyertai acara berkaitan kereta klasik dan vintaj.



Beliau yang menunjukkan rasa minat terhadap kereta semenjak umur 14 tahun lagi berhasrat untuk memiliki Mercedes Benz Pagoda dan berharap golongan muda untuk terus menyelenggara kereta-kereta lama agar kereta ini terus kekal untuk berada di atas jalan raya. 

Pada 27 April 2016, My Classic Car dijangkakan akan mengiringi Rolls Royce Phantom II milik Dato' Sia Hok Kiang untuk ke Pelabuhan Klang sebelum dihantar ke China untuk Rally from Peking to Paris.

Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil ;


Rolls Royce Phantom II 1934




Pemilik-pemilik kereta klasik & vintaj mengambil kesempatan bergambar di hadapan Rolls Royce Phantom II



Volkswagen Beetle

BMW 6-series E24

Volvo Amazon

Mercedes Benz 300SE W126

Volvo P1800





Cadillac DeVille Coupe 1959


Datsun 280ZX



Volkswagen Combi

No comments:

Post a Comment