Monday, 11 April 2016

Rolls Royce Phantom II Meriahkan Himpunan Bulanan My Classic Car



Kumpulan penggemar kereta klasik dan vintaj, My Classic Car pada pagi 10 April telah mengadakan himpunan bulanan bersama pemilik-pemilik kereta klasik dan vintaj. Menurut Michael Sundram, penganjur acara ini, gathering point ( tempat pertemuan ) dirancang di hadapan Kelab Diraja Selangor namun ditukar ke Sekolah Perempuan Kuen Cheng di Lebuhraya Persekutuan kerana Dataran Merdeka digunakan untuk acara yang lain.

" Lebih kurang 20 unit kereta menyertai drive pada pagi ini, 10 unit lagi on the way dari Putrajaya kerana terlibat dalam sambutan hari JPJ di Putrajaya " katanya lagi ketika ditemui di Restoran INT di SS13, Subang Jaya untuk sarapan pagi bersama kesemua peserta.

Wednesday, 6 April 2016

PROTON DAN KITA


PROTON DAN KITA

1. Kempen Buy British Last merupakan satu dasar kerajaan Malaysia terhadap British gara-gara tindakan PNB yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim melakukan Dawn Raid ( Serangan Subuh ) di Bursa Saham London bagi mengambil alih syarikat Guthrie. Meskipun tindakan tersebut sah mengikut undang-undang, kerajaan British begitu marah terhadap Malaysia kerana syarikat perladangan terbesar di dunia itu jatuh ke tangan Malaysia hanya dalam tempoh 4 jam pada September 1981.

2. Kerajaan British telah memberi reaksi balas terhadap tindakan tersebut dengan menaikkan kadar yuran pelajaran di United Kingdom sebanyak tiga kali ganda sekaligus memberi kesan terhadap kerajaan Malaysia yang sedang menaja 13,000 pelajar Malaysia di sana.