Saturday, 19 March 2016

Amelia Island Concours : Ferrari 250 GT California Dibida pada RM69.60j

Ferrari 250 GT California Spider 1961
Amelia Island Concours d'Elegance merupakan acara permotoran berprestij selepas Pebble Beach Concours d'Elegance yang diadakan setiap tahun pada minggu kedua bulan Mac. Acara ini diadakan di Ritz-Carlton di Pulau Amelia yang terletak di Florida.

Menurut akhbar New York Times, mereka mendefinisikan Concours d'Elegance ( a Competition of Elegance ) sebagai saingan ratu cantik bagi kereta yang rare dan elegant. Keaslian, sejarah dan kualiti baikpulih sesebuah kereta dinilai oleh pakar untuk melayakkan kereta tersebut untuk terlibat dalam acara ini ataupun tidak.

Mengikut sejarah, Amelia Island Concourse d'Elegance bermula pada tahun 1996 apabila seorang ahli perniagaan yang juga pengumpul koleksi kereta klasik dan vintaj, Bill Warner menggesa penggemar kereta klasik di pantai barat Florida untuk mengadakan sebuah Concours seperti Pebble Beach di California. Acara pertama tahun ini telah diadakan pada 6 April 1996 dan berjaya mengumpul 163 unit kereta dengan kehadiran sekitar 2,000 orang.

Ferrari 250 GT Series I Cabriolet dan Ferrari 330 GTS

Kini, acara ini telah berjaya menempatkan diri dalam senarai acara paling ditunggu-tunggu oleh penggemar kereta klasik dan vintaj. Bahkan pada tahun 2015 sahaja lebih 32,000 pengunjung hadir menyaksikan himpunan kereta ini yang diadakan serentak dengan acara lelongan oleh rumah lelongan terkenal seperti RM Auction, Bonhams dan Gooding & Co. .

Mereka juga menyasarkan sekurang-kurangnya $100,000 setiap tahun untuk didermakan kepada beberapa rumah amal terpilih.


Pada tahun ini, Ferrari 250 GT California Spider tahun 1961 telah dibida pada harga $17.16 juta ( RM69.60j ) menjadikan ia sebagai kereta yang paling mahal dibida pada acara kali ini yang telah dijual oleh rumah lelongan Gooding & Co. . Manakala Bugatti Type 57 SC tahun 1937 yang dilelong oleh Bonhams tersenarai di tangga kedua dengan jumlah bidaan sebanyak $9.735 juta ( RM39.50j ) dan Porsche 550 Spyder tahun 1955 pula telah terjual dengan harga $5.34 juta ( RM21.64j ) juga oleh Gooding & Co. 

Porsche 550 Spyder 1955 milik Jerry Seinfeld

" You can't drive a sonnet by Shakespeare or a symphony by Beethoven. But this would be the automotive equivalent " kata Jerry Seinfeld, bekas pemilik kereta Porsche 550 Spyder 1955 yang merupakan aktor dan pelawak terkenal di Amerika. Kereta ini telah dipelihara dengan baik kerana hanya dipandu lebih kurang 10,500 batu ( 16,900 km ) meskipun telah berusia lebih 50 tahun. Sebanyak 15 daripada 16 unit kereta Jerry Seinfeld telah terjual dalam acara ini yang mana kesemuanya merupakan Porsche.

Antara kereta lain miliknya yang terjual adalah 1957 Porsche 356A Speedster ( RM2.76j ), 1958 Porsche 356A 1500 GS/GT Carrera Speedster ( 6.25j ), 1959 Porsche 718 RSK ( RM11.60j ) dan 1974 Porsche 911 Carrera 3.0 IROC RSR ( 9.37j ). Jumlah keseluruhan pembelian yang melibatkan kereta Porsche milik Jerry Seinfeld adalah $22 juta yang bersamaan dengan RM89.23 juta.


Selain itu, Mercedes Benz 540K Cabriolet A oleh Sindelfingen tahun 1937 turut terjual oleh rumah lelongan Bonhams pada harga $2.97 juta ( RM12.05j ) menjadikan ia sebagai kereta ketujuh paling mahal dibida dalam acara ini.  Menurut Bonhams, kereta ini merupakan salah satu daripada 37 unit yang telah dihasilkan oleh Mercedes dan telah dihantar ke UK. Hanya 145 unit model 540K dibina pada tahun 1937 menjadikan ia sebagai kereta vintaj Mercedes paling ikonik sepanjang zaman.

Kereta lain yang menarik perhatian dalam acara lelongan ini ialah Ford GT40 tahun 1966 yang telah terjual pada harga $3.3 juta ( RM13.38j ). Menurut Gooding & Co. , hanya 31 unit GT40 Road Coupe telah dikeluarkan dan pada mulanya ia digunakan oleh Ford untuk promosi sebelum bertukar tangan sebanyak 12 kali. 


Lot RM Auction iaitu Ferrari 288 GTO tahun 1984 milik pengumpul Ferrari terkenal dari Jepun, Yoshido Matsuda juga menarik perhatian apabila berjaya terjual pada harga $2.585 juta ( RM10.48j ). Ia merupakan Ferrari 288 GTO yang pertama dihantar ke Jepun dan hanya mempunyai 11,000km dengan dokumen dan buku log yang lengkap. Kereta ini merupakan kereta ke-137 dari 272 unit Ferrari 288 GTO yang dikeluarkan selama tiga tahun dari 1984 hingga 1987.

Berikut merupakan senarai kereta dengan bidaan tertinggi ;


  1. 1961 Ferrari 250 GT California SWB Spider (closed headlight) terjual pada harga $17,160,000 (Gooding & Company) 
  2. 1937 Bugatti Type 57 SC Sports Tourer terjual pada harga $9,735,000 (Bonhams) 
  3. 1955 Porsche 550 Spyder terjual pada harga $5,335,000 (Gooding & Company) 
  4. 1962 Ferrari 400 Superamerica Coupe terjual pada harga $4,400,000 (RM Sotheby’s) 
  5. 1966 Ford GT40 Mk I Coupe terjual pada harga $3,300,000 (Gooding & Company) 
  6. 1973 Porsche 917/30 Can-Am Spyder terjual pada harga $3,000,000 (Gooding & Company) 
  7. 1937 Mercedes-Benz 540K Cabriolet A terjual pada harga $2,970,000 (Bonhams) 
  8. 1959 Porsche 718 RSK Roadster terjual pada harga $2,860,000 (Gooding & Company) 
  9. 1967 Ferrari 275 GTB/4 Coupe terjual pada harga $2,750,000 (Bonhams) 
  10. 1931 Duesenberg Model J Murphy Convertible Coupe terjual pada harga $2,640,000 (Gooding & Company) 
Berikut pula merupakan gambar yang diambil ketika Amelia Island Concourse d'Elegance oleh Sportscardigest.com ;

Ferrari 250 GT California Spyder 1961

1953 Fiat 8V Supersonic 


1958 Mercedes Benz 300SL Roadster

1964 Ferrari 250 LM
1949 Ferrari 166 MM Barchetta
2001 BMW M3 GTR

Lamborghini Miura P400

Shelby Mustang GT350
1939 Bentley 4.25l Sports Coupe 

1949 Porsche Gmund Coupe

1952 Porsche 356 American Roadster

1970 Plymouth AAR 'Cuda 
1991 Porsche 911 Turbo S2
1966 Ford GT40 Mk I 

No comments:

Post a Comment