Saturday, 9 January 2016

Jual McLaren F1, Mr. Bean Untung RM42 juta


Pelawak terkenal, Mr. Bean atau nama sebenarnya Rowan Atkinson telah meraih keuntungan £7 juta hasil daripada penjualan McLaren F1 miliknya yang telah dibeli pada tahun 1997. Pelawak British ini telah membeli McLaren F1 yang dikeluarkan sebanyak 107 unit pada harga sekitar £640,000 dan telah menjualnya melalui firma yang pakar mengenai kereta klasik, Taylor & Crawley pada harga £8 juta pada Jun 2015.

McLaren F1 merupakan supercar pertama keluaran McLaren yang telah dikeluarkan dari tahun 1992 hingga tahun 1999. Dengan berat badan sebanyak 1,138kg yang dikuasakan dengan enjin BMW sebesar 6.1 liter V12, supercar ini memegang rekod sebagai kereta paling laju di dunia selama 7 tahun dari tahun 1998 apabila berjaya mencapai kelajuan maksimum sehingga 390km/sejam sebelum diatasi oleh Bugatti Veyron.


Kemalangan kereta ini di Peterborough pada 2011 akibat jalan licin telah berjaya dibaiki kembali oleh bahagian Operasi Khas McLaren meskipun gambar telah menunjukkan kereta tersebut telah rosak teruk. Menurut division ini, McLaren F1 mustahil untuk rosak sepenuhnya kerana ia dapat dicantum kembali bahagian badannya. Kos kemalangan ini dicatatkan sebanyak £1 juta yang mana telah dikatakan sebagai tuntutan insurans termahal dalam sejarah permotoran UK.

Unit yang ke-64 daripada 107 unit ini telah dipandu lebih 40,000 batu sepanjang 18 tahun pemilikannya sehingga tahun 2015. Penjualan supercar berwarna burgundy ini dipercayai berpunca daripada pembahagian harta apabila beliau dijangka akan bercerai dengan isterinya pada November tahun tersebut. 


" Apabila kereta ini telah diiklan untuk dijual, ia telah mendapat sambutan ramai pihak dari serata dunia. Namun begitu, ia tetap berpindah tangan kepada pembeli British yang akan memandu sepertinya juga " kata David Clark, bos Taylor & Crawley yang bertanggungjawab menjual kereta ini bagi pihak Rowan Atkinson. 

" Transaksi ini merupakan antara transaksi paling mahal di UK, Rowan agak gembira namun mungkin juga sedih kerana beliau telah memandu kereta ini melebihi 40,000 batu " tambah Clark lagi. Pada harga sekitar £8 ( RM 48 juta ) juta, hanya kereta Ferrari yang dibina sekitar tahun 60-an sahaja dijangka dapat mengatasi jualan supercar ini. Beliau menyifatkan Mr. Bean sebagai seorang yang paling menggemari kereta yang pernah dijumpanya kerana Mr. Bean seorang yang menikmati kereta apabila memandunya, bukan apabila memiliknya. 

Sementara itu, penganalisis automotif Euromonitor International, Neil King pula berpendapat bahawa McLaren F1 yang dikeluarkan secara terhad yang dimiliki oleh selebriti terkenal telah meningkatkan lagi harga kereta itu secara mendadak. 


" Supercar klasik telah meningkat nilainya belakangan ini, ia merupakan pelaburan yang lebih selamat berbanding emas. Model McLaren F1 yang rare ini telah berjaya memasuki kelab kereta paling eksklusif yang mana kebiasannya dimonopoli oleh Ferrari seperti 250GTO Berlinetta yang telah terjual pada harga £22 juta pada 2014 " ujar Neil King

" Impak kereta Rowan Atkinson telah menambahkan lagi premium kereta ini yang mana hampir mustahil untuk anda mencari sebuah lagi McLaren F1 untuk dijual yang pernah dimiliki oleh seorang selebriti ataupun usahawan terkenal " tambahnya lagi.



No comments:

Post a Comment