Monday, 26 December 2016

Kisah Anak Taib Mahmud Yang Gagal Beli Syarikat Bugatti


Sulaiman Abdul Rahman Bin Abdul Taib Mahmud, anak kepada Ketua Menteri Sarawak ( kini Yang di-Pertua Negeri Sarawak ) mempunyai perancangan untuk membeli syarikat automotif berprestij, Bugatti bagi menambah bilangan perniagaan dibawah pemilikan keluarga mereka. Bagaimanapun, rakan Sulaiman menyatakan bahawa TS Taib Tahmud kurang berminat dengan cadangan itu. Ketua Menteri yang mengawal aliran wang untuk keluarganya itu membantah cadangan itu. Menurutnya lagi, Sulaiman mengambil masa hampir seminggu untuk berbincang mengenai cadangan perniagaan itu.

Pendedahan mengenai kisah Sulaiman Taib ini diceritakan oleh rakan sekolejnya iaitu Kevin C. Limjoco yang pernah belajar sekali di San Francisco bersamanya. Ketika berada di sana, beliau juga dikenali sebagai seorang playboy dan penggemar kereta sports. Meskipun begitu, rakan perniagaanya menyifatkan beliau sebagai seorang yang teragak-agak dalam membuat keputusan ketika ditugaskan untuk menguruskan syarikat rahsia TS Taib Mahmud di Amerika Syarikat, Sakti International.

Tuesday, 20 December 2016

Koleksi Kereta Saddam Hussein dan Anaknya


Nama Saddam Hussein sememangnya tidak asing lagi dalam arena politik dunia. Beliau merupakan Presiden Iraq selama 24 tahun sebelum digulingkan oleh Amerika Syarikat pada tahun 2003. Anak sulungnya, Uday Hussein merupakan seorang penyimpan koleksi tegar kereta mewah.

Koleksi keretanya telah dikawal dan dirampas oleh tentera Amerika Syarikat setelah pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq. Apa yang mengejutkan orang ramai adalah mengenai warna Ferrari Testarossa miliknya. Testarossa yang bermaksud red head ( kepala merah ) kebanyakkan dikeluarkan berwarna merah.

Tuesday, 13 December 2016

Agong XIV Hadiri Sambutan Kemerdekaan 2016 Menggunakan Mercedes 600

Ketibaan SPB Yang di-Pertuan Agong - gambar oleh Mstar

Ketibaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke Sambutan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka telah diraikan dengan meriah sekali oleh hadirin. Tepat jam 8.00 pagi, Tuanku Sultan tiba dengan menggunakan Mercedes 600 Pullman berwarna biru tua.

Kehadirannya kali ini merupakan yang terakhir kerana penggalnya sebagai Yang di-Pertuan Agong akan tamat pada Disember tahun ini. Mungkin disebabkan itu, Baginda memilih untuk menggunakan Mercedes 600 bukannya kereta moden yang lain seperti Rolls Royce Phantom ataupun Maybach 63 seperti kebiasaannya.

Saturday, 29 October 2016

Tunku Temenggong Johor Meriahkan Asia Klasika 2016


Acara himpunan kereta klasik dan vintaj berprestij di Malaysia, Asia Klasika telah dianjurkan dengan jayanya bermula 23 September sehingga 25 September 2016. Asia Klasika 2016 merupakan tahun pertama Asia Klasika diadakan di luar Lembah Klang bagi memenuhi permintaan Tuanku Sultan Johor yang ingin himpunan ini diadakan di Johor.

Program selama tiga hari ini berlangsung di Puteri Harbour, Nusajaya yang terletak kira kira 15 minit daripada Johor Bharu. Bagi tahun ini, Asia Klasika meraikan ulang tahun ke-130 Mercedes Benz selain 100 tahun penubuhan BMW. Model Jaguar E-Type serta MINI Cooper juga diraikan sempena ulang tahun ke-55 mereka pada tahun ini.

Friday, 16 September 2016

Imbasan Sejarah Negara bersama Kereta Vintaj dari Sebelum Merdeka

Kunjungan Yang di-Pertuan Agong ke Melaka pada tahun 1957
Sempena ulangtahun pembentukan Malaysia yang ke-53, kami dari pihak Classic Cars Malaysia ingin berkongsikan beberapa gambar hitam putih yang berkait dengan sejarah negara Malaysia.

Antara gambar yang ingin dikongsikan adalah gambar Tunku Abdul Rahman diarak di Melaka selepas mengumumkan tarikh kemerdekaan negara pada tahun 1955. Meskipun gambar tersebut sudah sinonim dengan sejarah negara, ia merupakan suatu detik bersejarah yang berkait rapat dengan pembentukan sebuah negara yang baru.

Friday, 9 September 2016

" All-Time Stars " Kini Dijual dari Muzium Mercedes Benz di Stuttgart

ALL-TIME STARS oleh Mercedes Benz
' The Best or Nothing '... Itulah motto yang diilhamkan oleh Gottlieb Daimler, salah seorang pengasas Mercedes Benz yang merupakan rakan seperjuangan Karl Benz. Pada November 2015, Muzium Mercedes telah mengambil satu langkah ke hadapan apabila melancarkan modul perniagaan yang dinamakan " All-Time Stars " bagi menjana pendapatan buat muzium yang terletak di Stuttgart itu.

Muzium Mercedes Benz akan membaikpulih kereta-kereta Mercedes Benz yang lama untuk dijual kembali kepada penggemar kereta klasik terutamanya peminat Mercedes. Inventori untuk kereta-kereta mereka dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Concours Edition, Collectors Edition serta Drivers Edition.

Saturday, 27 August 2016

Pebble Beach Concours d'Elegance: Lancia Astura 1936 Dinobat Best of Show

Lancia Astura Pinin Farina Cabriolet 1936
Acara kemuncak Minggu Kereta Monterey, California iaitu Pebble Beach Concours d'Elegance yang menampilkan kereta klasik dan vintaj terbaik dari seluruh pelusuk dunia telah berlangsung dengan begitu meriah pada Ahad lalu ( 21 Ogos 2016 ). Lebih 200 unit kereta pelbagai jenama memenuhi ruang lapang di lubang yang ke-17 dan ke-18 padang golf Pebble Beach yang dinamakan sebagai salah satu padang golf tercantik di dunia oleh National Geographic.

Menurut pihak penganjur, sebanyak 228 unit kereta telah menyertai acara ini yang terdiri daripada peserta dari 16 buah negara. Program tahun ini juga mengambil kesempatan untuk meraikan ulangtahun ke-100 BMW, ulangtahun ke-50 pengeluaran Lamborghini Miura serta meraikan kejayaan ke-50 tahun Ford GT40 yang telah memenangi perlumbaan LeMans 24 jam pada 1966.

Saturday, 20 August 2016

15 Gambar Koleksi Kereta Milik Jay Leno

Jay Leno bersama Jaguar E-Type 1963

Jay Leno atau nama penuhnya James Douglas Muir Leno merupakan hos TV terkenal di Amerika Syarikat yang seringkali bersiaran di National Broadcasting Company ( NBC ) melalui rancangan bual bicara malam, ' The Tonight Show with Jay Leno '. Dengan jumlah tontonan harian lebih kurang 5.7 juta setiap malam, program Jay Leno boleh diibaratkan sebagai pencabar utama kepada rancangan bual bicara " Late Show with David Letterman " sekaligus menjadikan dirinya sebagai salah seorang pengacara berpengaruh di Amerika Syarikat.

Menurut maklumat yang diambil dari internet, beliau dikatakan menerima purata US$ 30 juta setiap tahun hasil daripada rancangan bual bicara dan jelajah komedi yang dilakukannya ke seluruh Amerika. Tidak hairanlah beliau banyak menghabiskan sebahagian daripada kekayaannya yang dianggarkan bernilai RM1.4 bilion ( US$ 350 juta ) bagi mengumpul kereta dan motosikal.

Saturday, 13 August 2016

15 Gambar Terbaik Velocity Autoshow di One City @ USJ25

Mercedes Benz SL R107
Selepas Autofest dan Malaysia Autoshow pada bulan Jun, industri permotoran negara dimeriahkan sekali lagi dengan Velocity Motor Show pula yang berlangsung pada hujung minggu lalu (5-7 Ogos 2016). Acara selama tiga hari di One City @ USJ25 telah dirasmikan oleh YM Raja Syuibah Almarhum Sultan Idris, anakanda almarhum Sultan Perak.

Program yang dianjurkan ini telah berjaya menghimpunkan hampir kesemua kelompok kereta yang terdiri daripada supercar, custom cars bahkan classic cars ke dalam satu acara. Dan seperti yang anda tahu, motorshow tanpa model-model seksi boleh diumpamakan seperti meminum kopi tanpa susu. Kehadiran mereka yang dibawa khas oleh pihak pempamer ini sekaligus menghangatkan lagi acara ini.

Saturday, 30 July 2016

Koleksi Gambar Kereta Klasik Yang Tidak Pernah Didedahkan Sebelum Ini...

Penulis bersama Jaguar D-Type yang kini berada di Muzium Automobil Kebangsaan, Litar Antarabangsa Sepang
Minat dan kegilaan penulis terhadap kereta klasik dan vintaj memang tidak dapat dibendungkan lagi semenjak kecil. Bahkan ketika penulis berada di tadika lagi, penulis telahpun mengikuti konvoi Subang-Phuket bagi mempromosikan perlumbaan F1 di pulau peranginan tersebut pada 2002.


Manakala pada tahun 2006, penulis sempat berjabat tangan dengan Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan masih terdapat dalam simpanan penulis beberapa keping gambar penulis berada di dalam Mercedes 600 dengan nombor plat AUD666 di Istana Iskandariah.

Wednesday, 20 July 2016

Byfield Jaguar Jadi Tumpuan Utama di Motor Museum of Western Australia


Kehilangan penulis baru-baru ini daripada dunia Classic Cars Malaysia bermula awal bulan ini didorong oleh kesibukan menyambut Aidilfitri. Disulami dengan kehangatan kejuaraan bola sepak di Eropah membuatkan jadual penulis tidak terurus kerana penulis perlu melakukan persiapan untuk bercuti ke Perth, Australia juga.

Keinginan mendalam ibu penulis untuk melihat Kangaroo yang sinonim dengan Australia menyebabkan penulis mengambil keputusan untuk melawat Whiteman Park. Taman ini terletak 20 minit ke utara Perth dan turut menempatkan Muzium Permotoran Australia Barat.

Tuesday, 28 June 2016

Mercedes Benz 280SEL Milik Elvis Presley untuk Dijual di e-Bay


Kereta Mercedes Benz 280SEL milik ikon Rock & Roll terkenal, Elvis Presley kini tersenarai di dalam laman web jual beli terkenal, e-Bay. Sebelum ini, Mercedes 600 1969 turut dijual di dalam e-Bay dengan harga US$550,000. 

Mercedes Benz 280SEL ini disenaraikan oleh syarikat kereta klasik terkenal, Daniel Schmitt & Co. yang berpangkalan di Missouri, Amerika Syarikat. Model flagship Mercedes ini dibuat pada tahun 1971 dengan menggunakan enjin 2.8l inline 6 silinder yang mampu menyalurkan 160 kuasa kuda. Meskipun berusia 35 tahun, kereta ini hanya dipandu sebanyak 80,312 batu sahaja iaitu bersamaan dengan 129,249 km

Sunday, 19 June 2016

( Gambar ) Art of Speed 2016 : Keluarbiasaan yang Luar Biasa



Dengan moto ' Cara Kita Luar Biasa ', Art of Speed 2016 yang dianjurkan oleh pasukan yang diketuai oleh Asep Ahmad dan isterinya, Deni sekali lagi memeriahkan waktu hujung minggu peminat permotoran di Malaysia. Bertempat di MAEPS, Serdang, acara selama dua hari yang berlangsung pada 28 & 29 Mei ini telah berjaya mengumpulkan penggemar kereta dan motosikal custom di seluruh pelusuk tanahair.

Meskipun yuran kemasukan meningkat dari RM10 kepada RM15, koleksi kereta dan motosikal yang dipamerkan di dalam acara ini bertaraf antarabangsa. Motosikal-motosikal yang dicaferacerkan serta puluhan kereta yang dicustomizekan mencuri perhatian pengunjung meskipun ia bukannya forte penulis kerana penulis lebih cenderung kepada concourse style condition.

Thursday, 9 June 2016

Setelah Rentas Amerika dan Jelajah Sahara, Dato' Sia dan Eric Sia Bersedia untuk Peking ke Paris ( BHG.II )

Eric Sia Kuan Rong berkongsikan pengalaman sebagai pemandu arah

Pemandu-arah ( navigator ) untuk satu-satunya gandingan dari Malaysia iaitu Eric Sia Kuan Rong yang merupakan anak kepada Dato' Sia juga tidak terlepas dari ditemuramah oleh pihak Classic Cars Malaysia.

Berusia hanya 30 tahun ketika menyertai rali Trans-America, penulis bertanyakan kepadanya apakah perasaan beliau ketika bapanya ( Dato' Sia Hok Kiang ) mengajaknya untuk menyertai rali Trans-Amerika.

Wednesday, 1 June 2016

Setelah Rentas Amerika dan Jelajah Sahara, Dato' Sia dan Eric Sia Bersedia untuk Peking ke Paris ( BHG.I )

Dato' Sia dan Eric Sia bersama Rolls Royce Phantom II 1934
Nama Dato’ Sia Hok Kiang mungkin tidak asing lagi dalam dunia perniagaan terutamanya dalam bidang perlombongan. Namun, teknokrat ini sedang mencipta nama dalam pentas automotif di peringkat antarabangsa apabila telah melibatkan diri dalam rali terkemuka dunia anjuran Endurance Rally Association ( ERA ) bersama anaknya, Eric Sia Kuan Rong sebagai navigator ataupun pemandu arah.

Penulis yang kagum dengan stiker Jalur Gemilang yang dilekatkan di badan Rolls Royce Phantom II ketika melihat gambar-gambar yang diambil oleh pasangan anak beranak ini ketika rali Trans-Amerika terus menghubungi mereka berdua untuk ditemu ramah. Disebabkan komitmen masing-masing, temu ramah ini terpaksa ditunda beberapa kali sebelum akhirnya terlaksana pada pertengahan April yang lalu di rumah beliau yang terletak di Sungai Buloh.

Monday, 23 May 2016

20 Gambar Terbaik Concourso d'Eleganza Villa d'Este di Itali


Concourso d'Eleganza Villa D'Este merupakan Concourse d'Elegance yang diadakan secara tahunan di Hotel Villa d'Este ( dahulu dikenali sebagai Villa del Garavo ) di Lake Como, Itali.  Acara ini mula diperkenalkan 1 September 1929 oleh Kelab Automotif Como yang mana telah menarik lebih 80 penyertaan dari pemilik dan penggemar kereta.

Acara yang berlangsung pada 20-22 Mei 2016 untuk tahun ini boleh dikatakan setanding dengan penganjuran acara concours berprestij yang lain seperti di Monte Carlo dan Paris kerana kereta yang terlibat hampir kesemuanya berada dalam keadaan dan kualiti yang terbaik ketika itu.

Thursday, 19 May 2016

Lebih 50 Buah Kereta Meriahkan Himpunan Kereta Klasik di A'Famosa Outlet di Melaka


Malaysia-Singapore Vintage Car Register ( MSVCR ) dengan kerjasama Freeport A'Famosa Outlet telah berjaya mengumpulkan lebih 50 unit kereta klasik pelbagai jenama untuk dipamerkan di hadapan shopping mall tersebut yang terletak di Alor Gajah, Melaka.

Acara yang berlansung pada 7 dan 8 Mei 2016 dengan penyertaan kereta dari Malaysia dan Singapura turut memukau pengunjung menyebabkan mereka tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan kereta-kereta yang dipamerkan.

Monday, 11 April 2016

Rolls Royce Phantom II Meriahkan Himpunan Bulanan My Classic Car



Kumpulan penggemar kereta klasik dan vintaj, My Classic Car pada pagi 10 April telah mengadakan himpunan bulanan bersama pemilik-pemilik kereta klasik dan vintaj. Menurut Michael Sundram, penganjur acara ini, gathering point ( tempat pertemuan ) dirancang di hadapan Kelab Diraja Selangor namun ditukar ke Sekolah Perempuan Kuen Cheng di Lebuhraya Persekutuan kerana Dataran Merdeka digunakan untuk acara yang lain.

" Lebih kurang 20 unit kereta menyertai drive pada pagi ini, 10 unit lagi on the way dari Putrajaya kerana terlibat dalam sambutan hari JPJ di Putrajaya " katanya lagi ketika ditemui di Restoran INT di SS13, Subang Jaya untuk sarapan pagi bersama kesemua peserta.

Wednesday, 6 April 2016

PROTON DAN KITA


PROTON DAN KITA

1. Kempen Buy British Last merupakan satu dasar kerajaan Malaysia terhadap British gara-gara tindakan PNB yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim melakukan Dawn Raid ( Serangan Subuh ) di Bursa Saham London bagi mengambil alih syarikat Guthrie. Meskipun tindakan tersebut sah mengikut undang-undang, kerajaan British begitu marah terhadap Malaysia kerana syarikat perladangan terbesar di dunia itu jatuh ke tangan Malaysia hanya dalam tempoh 4 jam pada September 1981.

2. Kerajaan British telah memberi reaksi balas terhadap tindakan tersebut dengan menaikkan kadar yuran pelajaran di United Kingdom sebanyak tiga kali ganda sekaligus memberi kesan terhadap kerajaan Malaysia yang sedang menaja 13,000 pelajar Malaysia di sana.

Saturday, 19 March 2016

Amelia Island Concours : Ferrari 250 GT California Dibida pada RM69.60j

Ferrari 250 GT California Spider 1961
Amelia Island Concours d'Elegance merupakan acara permotoran berprestij selepas Pebble Beach Concours d'Elegance yang diadakan setiap tahun pada minggu kedua bulan Mac. Acara ini diadakan di Ritz-Carlton di Pulau Amelia yang terletak di Florida.

Menurut akhbar New York Times, mereka mendefinisikan Concours d'Elegance ( a Competition of Elegance ) sebagai saingan ratu cantik bagi kereta yang rare dan elegant. Keaslian, sejarah dan kualiti baikpulih sesebuah kereta dinilai oleh pakar untuk melayakkan kereta tersebut untuk terlibat dalam acara ini ataupun tidak.

Saturday, 12 March 2016

Koleksi Gambar Terbaik Kereta Klasik dan Vintaj Sultan Johor

Jaguar E-Type milik Sultan Johor di Asia Klasika 2015

Koleksi kereta milik Kesultanan Johor merupakan antara yang paling dikagumi di rantau ini kerana Baginda Sultan Johor semenjak dahulu lagi gemar mengumpul pelbagai jenis kereta ekzotik. Portfolio koleksi kereta mereka telah diiktiraf oleh pelbagai pengeluar kereta termasuk Ferrari yang membenarkan model edisi terhad, LaFerrari untuk dimiliki oleh Tunku Mahkota Johor.

Proses pemilihan untuk memiliki Ferrari edisi terhad agak rumit kerana terdapat pelbagai kriteria yang perlu dipenuhi. Untuk LaFerrari, pembeli perlu memiliki sekurang-kurangnya lima unit Ferrari selain mempunyai rekod pengalaman bersama Ferrari sebelum ini. 

Friday, 12 February 2016

Acara Lelongan RM Sotheby's : Mercedes Benz 540K 1937 Terjual pada Harga RM41 juta

Mercedes Benz 540K 1937
Syarikat lelongan kereta klasik tersohor dunia, RM Sotheby's yang sebelum ini dikenali sebagai RM Auction telah menjalankan acara lelongan yang pertama tahun ini di Arizona, Amerika Syarikat pada 28 dan 29 Januari 2016. Acara yang ditunggu-tunggu ramai pihak ini telah berjaya menarik ramai pembida dari lebih 20 negara untuk membida 149 unit kereta dalam acara lelongan ini.

Menurut RM Sotheby's, hampir 85% lot lelongan telah terjual dengan jumlah jualan sebanyak $62.8 juta ( RM 261.5 juta ). Lot 242 iaitu Mercedes Benz 540K tahun 1937 telah mencipta rekod jualan tertinggi pada acara ini apabila terjual pada harga $9.9 juta. Kereta ini dipercayai hanya dipandu sekitar 10,000 batu semenjak ia dikeluarkan dan merupakan salah sebuah unit yang dikeluarkan oleh Mercedes yang hanya mengeluarkan sebanyak 419 unit chasis sahaja sekaligus menjadikan model 540K sebagai salah sebuah model paling berprestij yang pernah dihasilkan oleh Mercedes Benz.

Saturday, 30 January 2016

Tiga Ikon Terkenal yang Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya


Tahukah anda bahawa kemalangan jalan raya merupakan antara pembunuh utama rakyat Malaysia selepas masalah jantung, strok, influenza dan pneumonia. Hasil kajian itu didedahkan melalui laman web worldlifeexpectantcy.com yang mengambil data dari World Health Organization ( WHO ) pada tahun 2014.

Statistik menunjukkan pada tahun tersebut, 6,813 orang maut dalam kemalangan jalan raya yang menyumbang kepada 5.36% dari keseluruhan sebab rakyat Malaysia maut. Malaysia mencatatkan kadar kematian jalan raya yang agak tinggi iaitu 25.25 bagi setiap 100,000 orang, lebih tinggi dari purata global iaitu 18  bagi setiap 100,000 orang ( 2015 ) .

Saturday, 9 January 2016

Jual McLaren F1, Mr. Bean Untung RM42 juta


Pelawak terkenal, Mr. Bean atau nama sebenarnya Rowan Atkinson telah meraih keuntungan £7 juta hasil daripada penjualan McLaren F1 miliknya yang telah dibeli pada tahun 1997. Pelawak British ini telah membeli McLaren F1 yang dikeluarkan sebanyak 107 unit pada harga sekitar £640,000 dan telah menjualnya melalui firma yang pakar mengenai kereta klasik, Taylor & Crawley pada harga £8 juta pada Jun 2015.

McLaren F1 merupakan supercar pertama keluaran McLaren yang telah dikeluarkan dari tahun 1992 hingga tahun 1999. Dengan berat badan sebanyak 1,138kg yang dikuasakan dengan enjin BMW sebesar 6.1 liter V12, supercar ini memegang rekod sebagai kereta paling laju di dunia selama 7 tahun dari tahun 1998 apabila berjaya mencapai kelajuan maksimum sehingga 390km/sejam sebelum diatasi oleh Bugatti Veyron.