Tuesday, 29 December 2015

Mercedes 280SE 3.5 Coupe & Rolls Royce Corniche di Resepsi Perkahwinan Selebriti Terkenal Scha & Awal


Pada 6 Mei 2012, Pasangan selebriti terkenal tanahair, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya telah melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ( PICC ) selepas telah diakad nikah di Pullman Resorts & Hotels pada 4 Mei.

Majlis resepsi yang dihadiri lebih 2,000 tetamu ini bermula sekitar jam 8.00 malam turut dinamakan sebagai wedding of the year apabila melibatkan dua nama besar dalam industri hiburan. Kehadiran kedua-dua pasangan mempelai ini ke majlis resepsi secara berasingan dengan menaiki dua buah kereta klasik telah menarik perhatian hadirin.

Awal Ashaari yang tiba terlebih dahulu telah hadir dengan menaiki sebuah kereta Mercedes 280SE 3.5 Coupe tahun 1971. Sebanyak 3270 unit coupe dan 1232 unit cabriolet telah dikeluarkan bagi model W111 ini dan hanya 245 unit coupe dan 68 unit cabriolet telah dikeluarkan dengan pemanduan stering sebelah kanan menjadikan antara kereta klasik Mercedes paling dicari-cari oleh peminat Mercedes.


Manakala Scha Al Yahya yang tiba kemudian telah hadir dengan menaiki sebuah Rolls Royce Corniche 1965 berwarna hitam. Menurut individu yang mengimport kereta ini dari Hong Kong, Corniche kepunyaan abang kepada Walt Disney iaitu Roy O. Disney. 

Lagi gambar ;







No comments:

Post a Comment