Saturday, 17 October 2015

JTCars Tayang Koleksi Keretanya di XLR8 Putrajaya

Lamborghini Diablo VT
Sempena Festival Automotif XLR8 anjuran Astro di Putrajaya, Syarikat JTCars yang terkenal dengan koleksi kereta supercars mereka turut mengambil kesempatan mempamerkan sebahagian kereta yang berada dalam simpanan mereka dari model JDM seperti Honda S800 Roadster MKI hinggalah ke jentera Supercar Itali seperti Lamborghini Diablo.

Bagi kategori kereta Jerman, tiga unit model Mercedes SL merupakan tarikan utama buat golongan veteran yang lebih menghargai model sports terbaik Mercedes Benz ini. Mereka mempamerkan Mercedes Benz 190SL W121 tahun 1961 dengan warna cyan yang agak unik selain Mercedes Benz 280SL Pagoda Top Manual tahun 1968 dengan warna metallic gold. Turut dipamerkan sebaris dengan kedua-dua model diatas ialah Mercedes Benz R107 yang seringkali menjadi pilihan penggemar kereta klasik sebagai salah satu kereta pertama mereka untuk terlibat dalam mengumpul kereta klasik dan vintaj.


Toyota Celica 1600 GT

Dalam koleksi JDM pula, JTCars turut mempamerkan Toyota Celica Coupe 1600GT TA-22 1975 yang mana merupakan antara kereta idaman bagi penggemar kereta JDM. Toyota Celica yang berada didalam tangan JTCars ini boleh dianggap sebagai Celica terbaik yang berada di Malaysia kerana telah dijaga dengan rapi. Mereka turut mempamerkan Datsun Fairlady 240Z yang turut digelar sebagai E-Type Jepun serta Nissan R32 GTR yang mencuri tumpuan pengunjung yang hadir.

Pengganti Lamborghini Countach, Lamborghini Diablo yang bermaksud Devil tersenarai sebagai salah satu kereta yang dipamerkan oleh JTCars. Jentera dengan 492 kuasa kuda yang dipacu oleh enjin 5.7 liter V12 ini merupakan model pertama buatan Lamborghini yang mampu mencecah lebih 200mph untuk mencapai top speed. Untuk pengetahuan anda, hanya lebih kurang 400 unit Diablo VT sahaja dihasilkan dalam tempoh lima tahun dari tahun 1993 hingga 1998.

Ferrari 550 Maranello
Ferrari 550 Maranello yang merupakan model Ferrari pertama dengan enjin di hadapan selepas 23 tahun mengeluarkan model berenjin belakang tidak ketinggalan dalam mengisi ruang pameran JTCars. Jentera berusia 17 tahun ini mempunyai 480 kuasa kuda yang dikuasakan melalui enjin V12 5.5 liter. Hanya 3,083 unit Maranello dikeluarkan dari tahun 1996 hingga 2001 oleh Ferrari sekaligus menyebabkan antara koleksi kereta Ferrari lewat 90-an yang paling dicari-cari oleh penggemar Ferrari.

Menurut wakil JTCars, pelbagai unit lagi kereta seperti Porsche 356 ingin dipamerkan dalam acara yang julung kali diadakan ini, namun disebabkan kekangan kawasan, mereka hanya mampu mempamerkan sebahagian sahaja kereta yang berada dalam koleksi mereka. JTCars telah terlibat dalam bidang ini semenjak tahun 70-an lagi namun lebih dikenali sebagai JTCars,net bermula tahun 2004.

Mercedes Benz 300SL 24V R129
Pada acara yang sama, Astro mempersembahkan model kereta yang digunakan dalam filem Hollywood terkenal seperti Dodge Charger di dalam filem Fast & Furious, Pontiac Firebird TransAm di dalam drama bersiri Knight Rider, Beetle dalam filem Herbie serta Volvo P1800 dalam siri televisyen lakonan Roger Moore dan Pontiac GTO dalam filem XXX lakonan Vin Diesel.

Mercedes Benz 300SL R129 dan Porsche 944 antara kereta klasik sedia untuk dijual yang dipamerkan oleh Mymotor, sebuah syarikat pengiklanan kereta atas talian yang baru dilancarkan. Syarikat ini juga berkaitrapat dengan syarikat MyEG yang membantu memudahkan urusan dengan kerajaan.

Penglibatan pemilik-pemilik kereta supercars seperti Lamborghini dan sebagainya menghangatkan lagi suasana seolah-olah jerebu yang melanda semenanjung Malaysia ketika itu tidak memberikan sebarang kesan kepada orang ramai untuk keluar untuk hadir ke acara automotif ini.

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat diambil dalam acara tersebut ;

Volvo P1800

Porsche 944


Mercedes Benz 280SL Pagoda Top

Mercedes Benz 190SL

Mercedes Benz 300SL R107
Dodge Charger

Chevrolet Corvette C2 dalam filem Con Air


MINI Cooper yang sering digunakan dalam sitkom Mr Bean


Lotus Espirit

Porsche Carrera


Nissan GTR R-32
Lamborghini Countach





Photo credit : Solace_Photos

No comments:

Post a Comment