Lamborghini Diablo VT |
Sempena Festival Automotif XLR8 anjuran Astro di Putrajaya, Syarikat JTCars yang terkenal dengan koleksi kereta supercars mereka turut mengambil kesempatan mempamerkan sebahagian kereta yang berada dalam simpanan mereka dari model JDM seperti Honda S800 Roadster MKI hinggalah ke jentera Supercar Itali seperti Lamborghini Diablo.
Bagi kategori kereta Jerman, tiga unit model Mercedes SL merupakan tarikan utama buat golongan veteran yang lebih menghargai model sports terbaik Mercedes Benz ini. Mereka mempamerkan Mercedes Benz 190SL W121 tahun 1961 dengan warna cyan yang agak unik selain Mercedes Benz 280SL Pagoda Top Manual tahun 1968 dengan warna metallic gold. Turut dipamerkan sebaris dengan kedua-dua model diatas ialah Mercedes Benz R107 yang seringkali menjadi pilihan penggemar kereta klasik sebagai salah satu kereta pertama mereka untuk terlibat dalam mengumpul kereta klasik dan vintaj.