Pada Februari 1992, Puteri Diana telah dikecam hebat oleh orang ramai kerana telah membeli sebuah kereta Mercedes Benz 500SL. Isteri pewaris takhta England itu telah menjual kereta Jaguar XJS dan membeli Mercedes Benz 500SL untuk kegunaan peribadi pada harga AS$129,000.
Ketua Kesatuan Kejuruteraan Industri Permotoran, Jimmie Airlie menyifatkan tindakan yang diambil oleh Puteri Diana sebagai tidak sensitif serta amat tidak patriotik. Beliau turut menambah dengan berkata " Pada saat sukar seperti ini, keluarga diraja sepatutnya mengalakkan industri pembuatan Britain dengan memilih untuk membeli barangan Britain "
Meskipun begitu, Istana Buckingham melalui jurucakapnya menyatakan bahawa Puteri Diana akan terus menggunakan Jaguar XJ6 untuk menghadiri acara rasmi.
Sekitar September 1992, Puteri Diana telah mengembalikan kereta tersebut kepada penjualnya gara-gara krisis ekonomi yang semakin meruncing. Jurucakap Istana Buckingham menyatakan bahawa kesemua orang merasai impak kemelesetan ekonomi. " Prince & Princess of Wales juga mempunyai had mengeluarkan wang, mereka juga mengikat perut seperti anda juga "
No comments:
Post a comment