Friday, 4 September 2015

Mean Machines Melaka 2015


Melaka menjadi pilihan pertama dalam kalendar penganjuran autoshow pada tahun 2015. Acara yang berlangsung pada 24-25 April 2015 di The Shore, Melaka ini telah berjaya menarik ribuan warga Melaka dalam melihat sendiri pelbagai jenis kereta yang terdiri dari supercar, modified car dan juga kereta klasik.

Mean Machines telah berkali-kali mengadakan autoshow sebegini yang memfokuskan penyertaan syarikat yang memasarkan barangan after-market kepada pemilik kenderaan. Pada kebiasannya, Mean Machines akan dianjurkan dua kali setahun iaitu di Melaka sekitar April dan di Juru, Pulau Pinang sekitar Oktober.

Dodge Charger '71 RT
Salah satu tarikan utama acara ini adalah penglibatan syarikat pengimport kereta klasik, Rainbird Classic yang mempamerkan lima unit American Muscle dalam acara ini. Ford Mustang, Buick Riviera, Chrysler New Yorker, Chevrolet Camaro SS dan Dodge Charger 71 RT telah berjaya memukau penggemar yang hadir pada acara ini.


Selain itu, pemilik kenderaan supercar seperti Ferrari dan Lamborghini juga berjaya menarik perhatian orang ramai yang hadir sekaligus memeriahkan acara ini. Berikut adalah gambar yang diambil sekitar acara ini berlangsung selama dua hari ;

Chevrolet Camaro SS

Ford Mustang '65 Coupe

Chrysler New Yorker

Mercedes Benz SL R230

Land Rover

Ferrari F430
Ferrari & Lamborghini 


Porsch








No comments:

Post a comment