Friday, 11 September 2015

Koleksi Kereta Klasik Tan Sri Taib Mahmud



Yang diPertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tan Sri Abdul Taib Mahmud merupakan salah seorang tokoh politik paling dihormati di Malaysia. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun sekaligus menjadikan beliau sebagai ketua kerajaan negeri paling lama berkhidmat di Malaysia.

Menurut NGO yang berpangkalan di Switzerland, mereka menganggarkan kekayaan Tan Sri Taib Mahmud dan keluarganya sekitar RM64 bilion. Kekayaan persendiriannya sahaja mencecah AS$15 bilion.



Salah satu fakta mengenai Tan Sri Taib Mahmud, beliau merupakan satu-satunya Ketua Menteri yang menggunakan Rolls Royce sebagai kereta rasmi. Hal ini pernah menjadi polemik ketika pilihan raya kerana kebiasaannya Menteri Besar ataupun Ketua Menteri menggunakan kereta PROTON sebagai kereta rasmi. Di Kedah dan Pulau Pinang, Mercedes S-Class digunakan sebagai kereta rasmi Menteri Besar dan Ketua Menteri. Manakala di Selangor MB menggunakan kereta Toyota Camry.

Tidak hairanlah Tan Sri Abdul Taib Mahmud digelar sebagai salah seorang kerabat diraja di Malaysia. Beliau turut mempunyai pelbagai jenis koleksi kereta Rolls Royce untuk kegunaan peribadinya. 

Cuma terdapat persoalan mengenai salah sebuah koleksinya iaitu Mercedes Benz 300SL Gullwing yang dipertikaikan keasliannya. Hal ini kerana kereta yang dipandu TS Taib Mahmud merupakan sebuah kereta right hand drive sedangkan kesemua 1,400 unit Gullwing yang dikeluarkan Mercedes merupakan left hand drive.

Hal ini membangkitkan persoalan mengenai keaslian kereta tersebut. Adakah ia merupakan sebuah replika ataupun sebuah Mercedes 300SL Gullwing yang telah diconvert ke right hand drive

Penulis tidak dapat mengesahkan hal ini, namun adakah salah seorang manusia terkaya di Malaysia ini tidak mampu untuk memiliki sebuah Mercedes 300SL Gullwing yang bernilai sekitar RM 5 juta?

Ingin ditegaskan bahawa nilai kekayaan beliau sahaja dianggarkan berjumlah RM45 bilion.

Berikut merupakan koleksi kereta klasik milik Tan Sri Abdul Taib Mahmud ;



Rolls Royce Silver Shadow

Mercedes Benz 300SL Gullwing

Rolls Royce Corniche



Rolls Royce Silver Shadow
Rolls Royce Silver Cloud

No comments:

Post a Comment