Sunday, 20 September 2015

Koleksi Kereta Ferrari pada Pebble Beach Concours d'Elegance


Syarikat Perundingan Nilai Aset berpangkalan di England, Brand Finance dalam kajiannya mendedahkan bahawa Ferrari merupakan jenama paling berkuasa pada tahun 2014. Syarikat automotif Itali berkuasa tinggi mendapat markah yang tinggi dalam Indeks Kekuatan Jenama, tarikan, kesetiaan pengguna serta sentimen pengguna produk tersebut.

Tidak hairanlah pada Mei 2015 sebuah kereta Ferrari 250GTO mencipta sejarah sebagai kenderaan yang paling mahal apabila dijual pada harga AS$38,000,000. Nilai estetik setiap model Ferrari yang pernah dihasilkan menjadikan ia sebagai salah satu kereta klasik dan vintaj yang paling dicari dalam kalangan penggemar kereta klasik dan vintaj.

Lihat saja Ferrari Dino 246GT, pada 2010 nilainya hanya sekitar AS$140,000 namun kini meningkat sehingga AS$400,000. Kenaikan hampir AS52,000 ataupun sekitar 37% setiap tahun. Manakala Ferrari Daytona dinilaikan sekitar AS$425,000 pada 2010 dan melambung AS$1,000,000 tahun ini. Peningkatan AS$115,000 setahun atau 27% setahun.

1953 Ferrari 250 Europa Vignale Coupe

Menurut rekod, sembilan daripada 10 buah kereta yang paling mahal pernah dijual merupakan Ferrari. Berikut merupakan senarainya ;

1. Ferrari 250GTO - AS$38,000,000
2. Mercedes Benz W196 - AS$29,000,000
3. Ferrari 275GTB/4*S NART Spider - AS$27,500.000
4. Ferrari 275GTB/C Speciale - AS$26,400,000
5. Ferrari 250 GT SWB California Spider - AS$18,500,000
6. Ferrari 375-Plus Spider Competizione - AS$ 18,400,000
7. Ferrari 250 Testarossa - AS16,390,000
8. Ferrari 250 GT SWB California Spider - AS$15,180,000
9. Ferrari 250 LM - AS$14,300,000
10. Ferrari 340/375 MM Berlinetta Competizione - AS$12,812,000 

Acara himpunan kereta klasik dan vintaj paling berprestij di dunia, Pebble Beach Concours d'Elegance berjaya menghimpunkan pelbagai model Ferrari yang dihasilkan secara terhad serta mempunyai reka bentuk yang unik.

Berikut merupakan gambar pada acara tersebut ;

1952 Ferrari 212 Inter Vignale Berlinetta 

1953 Ferrari 166 MM 53 Vignale Spider 
Le Mans Winning 1949 Ferrari 166 MM Touring Barchetta 

1969 Ferrari 365 GTB/4 Pininfarina Berlinetta
1971 Ferrari 365 GTB4 Scaglietti Berlinetta
1964 Ferrari 250 LM Scaglietti Berlinetta 


1963 Ferrari 250 GTL Scaglietti Berlinetta Lusso 

1953 Ferrari 340 Mexico Vignale Berlinetta 
1955 Ferrari 857S Scaglietti Spider 


1959 Ferrari 250 GT LWB Scaglietti Spider California Competizione 

1960 Ferrari 250 GT SWB Scaglietti Berlinetta Competizione 
1966 Ferrari 275 GTB/C Scaglietti Berlinetta 
1967 Ferrari 330 GTS Pininfarina Spider
1954 Ferrari 500 Mondial Pinin Farina Spider Series I
1959 Ferrari 250 GT LWB Scaglietti Berlinetta

Credit : www.sportscardigest.com

No comments:

Post a comment