Thursday, 8 October 2015

Hatish Mayer : Pakar Custom & Baikpulih Kereta di Malaysia

Hatish bersama Chevrolet Impala Fastback '68

Hatish Mayer... Nama ini tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri kereta klasik dan vintaj serta penggemar kereta custom. Beliau merupakan pemilik garaj Mayer Carz Restoration yang beroperasi di Seksyen 15, Shah Alam.

Pemilik Chevrolet Impala Fastback 68 ini telah berkecimpung secara sepenuh masa dalam industri baikpulih ( restoration ) dan customizing kereta klasik dan vintaj semenjak tahun 2000. Sebelum terjun sepenuh masa dalam bidang ini, beliau hanya membaikpulih kenderaan secara sambilan ketika berkhidmat di sektor korporat. " Saya meninggalkan pekerjaan korporat saya untuk mengejar impian saya membuka bengkel sendiri. Segala hasil kerja saya disini merupakan hasil pengalaman saya ketika di Australia. " tambahnya lagi.


Pada peringkat permulaan dalam industri ini, beliau lebih berminat membaikpulih kereta klasik terutamanya kereta Jerman seperti BMW dan Mercedes. Namun belakangan ini, beliau lebih fokus dalam bidang customization American Muscle seperti Ford, Pontiac dan Buick. 

Bila ditanya mengenai bagaimana beliau terjebak dalam bidang ini, beliau dalam nada sinis berkata " Mungkin saya dilahirkan di dalam kereta la, saya tak pasti ". " Bila saya kecil, saya hanya bermain permainan kereta... Saya tak main bolasepak, saya tak main badminton... Minat saya hanya kereta... Saya boleh duduk dari pagi sampai ke malam dan hanya bersembang pasal kereta sahaja " tambahnya lagi.


Sebagai seorang restorer dan customizer, cabaran yang sering dihadapinya adalah untuk berfikir di luar kotak bagi menyelesaikan tugasan. Beliau harus berfikir lebih baik daripada jurutera yang mereka kereta tersebut pada tahun 60-an. Katanya, jurutera pada tahun 60-an mereka kereta dengan pelbagai kelemahan. Justeru, sebagai seorang customizer, beliau harus menambahbaik kelemahan yang ada kerana kereta ini bukannya untuk dipandu oleh orang-orang tua tetapi golongan muda. Mereka ini mahukan kereta mereka klasik tetapi segala interior dan drivetrain menggunakan teknologi baru.

" Berapa banyak kereta yang telah anda siapkan sehingga kini " soalan itu kami ajukan kepada Hatish. Beliau menjelaskan bahawa ketika beliau hanya membaikpulih kenderaan, lebih kurang enam hingga tujuh kereta disiapkan dalam setahun. Namun setelah terlibat dengan customization, hanya dua hingga tiga kereta sahaja disiapkan dalam masa setahun kerana proses mereka ( design ) memakan masa yang panjang.



Ditanya mengenai cabaran terbesar dalam membaikpulih kenderaan, beliau berkongsikan sebuah kisah sejurus beliau tamat sekolah menengah.

" Pada usia 18 tahun, itulah cabaran terbesar saya sehingga kini. Masa itu tahun 1978. Kami mengambil sebuah Holden Monaro di PJ oldtown. Kereta itu di tebing sungai. Setiap kali hujan, habis seluruh kereta itu tenggelam. Saya bagitahu seorang mekanik yang saya nak ambil kereta tersebut. Dia gelak dan kata saya gila. Masa itu saya 18 tahun, baru habis sekolah... Mana nak cari spare parts. Masa itu mana ada internet, tak ada ebay... Saya panggil tow-truck untuk bawa naik kereta tersebut. Makan masa juga sebab kereta itu ada di tebing sungai. Kereta itu seterusnya dibawa ke bengkel di Sungei Way. "

" Saya sebenarnya dicabar oleh seorang kerabat diraja dari Negeri Sembilan, Tunku Idris nama dia. Dia kata yang dia akan bayar untuk kos baikpulih kereta ini. Semuanya untuk kereta, saya tak ambil apa-apa pon "

" Kami buka seluruh kereta tersebut, enjin tak boleh pakai. tempat duduk tak boleh pakai, drivetrain pon tak boleh pakai. Agak mengejutkan sebab badan kereta itu tak teruk sangat, hanya berkarat sahaja. Saya pun pergi cari 7 buah kereta Holden Monaro yang ada. Kereta ini ditinggalkan oleh veteran askar New Zealand dan Australia yang dulunya berpangkalan di Pulau Pinang. Saya ambil hood, interior, bumpers dan sebagainya dari kereta yang saya beli itu dan pasang di Monaro saya "

" Saya bina kereta tersebut dan kereta itu didaftarkan ke JPJ dan ia berjalan di atas jalan raya. Saya serahkan kepada Tunku tersebut tetapi selepas beberapa tahun beliau menggunakan kereta tersebut, ibunya yang merupakan seorang British berkata, " Saya fikir Hatish layak untuk memiliki kereta ini atas usaha yang dia lakukan untuk siapkan kereta ini ". Saya dapat kereta tersebut namun selepas beberapa tahun, saya tidak ada pilihan kerana terpaksa menjual kereta tersebut untuk menampung kos pembelajaran saya di England. Bila saya balik dari England, saya dapati kereta tersebut telah dipotong dua. "

" Itu cabaran terbesar saya yang berakhir dengan cerita sedih " tambahnya lagi.

Interior Impala milik Hatish
Sekitar tahun 2002, kerja baikpulih kereta tidak termasuk customization hanyalah sekitar Rm80,000. Namun belakangan ini, didorong dengan sistem cukai seperti GST dan penyusutan matawang ringgit. Kos untuk membaik pulih dan customize kereta boleh mencecah sehingga RM250,000 bergantung kepada kenderaan.

Kini, beliau sedang dalam proses menyiapkan sebuah Ford Mustang 1968 Coupe yang diimport daripada AS. Kereta tersebut akan dibaikpulih dan dicustomize seperti kereta baru. Suspension akan menggunakan teknologi terkini dan ia juga menggunakan 4 speed automatic transmission paling baru serta hiasan dalaman diambil dari Ford Mustang 2014 yang mana barangannya sedang dalam perjalanan daripada AS. Kereta ini seolah-olah kereta baru yang mempunyai bentuk badan yang lama. Kos keseluruhannya untuk membina semula kereta ini dianggarkan sekitar Rm200,000.



Selain Ford Mustang tersebut, beliau juga sedang dalam proses membaik pulih sebuah Mercedes 380SLC yang mana interiornya akan diganti. Buick Riviera tahun 1964 dan juga Pontiac TransAm  ( Firebird ) 1979 turut dalam giliran untuk dibina semula.

Sebagai tanda kereta itu telah dicustomize oleh Mayer Carz, Hatish telah meletakkan badge yang ditempah khas di dalam hood kereta yang dibinanya. 

Berikut merupakan video ringkas mengenai Hatish Mayer yang berkongsi pengalaman kariernya bersama kami.



Photo credit : Solace_photos & HazarD

Don't forget to keep on following us at our Instagram account @classiccarsmalaysia and like our Facebook page too



454cu - 7.4l


Impala 1967

Turbo Jet V-8



Chevrolet El-Camino

BUILT by MAYER CARZ


350cu - 5.7l Turbo Fire


8 comments:

  1. Nice article there mate .... thanks a lot. All this is for the new generation to appreciate the styles, design and customisation of classic & vintage cars which is now becoming a huge part of the aftermarket industry. Customising though mainly involves American classics and muscle cars has now spilled over to the Euro makes and models as well. The Merc SLC is one of them ... few more in the pipeline. next few months will be a customised BMW 7-series .... Insyallah!

    ReplyDelete
  2. HI! I think I've seen that Chevy El-Camino 2 years ago in USJ when I was having my teh tarik. it caught my eyes straight away I even snap a photo and upload into my fb.

    Seriously, nice car!

    ReplyDelete
  3. Can i get ur contact number sir

    ReplyDelete
  4. Hai..saya mencari bengkel yang boleh ubah suai kereta vw beetle classic. Nak tukar enjin asal ke manual ke autoatik..walaupun menggunakan enjin lain.

    ReplyDelete
  5. Sorry, I only specialise in American cars

    ReplyDelete