Friday, 28 August 2015

Pebble Beach Concours d'Elegance 2015


Pebble Beach Concours d'Elegance merupakan acara himpunan kereta klasik dan vintaj paling berprestij di dunia. Himpunan ini merupakan acara grand finale dalam aturan Minggu Kereta Monterey yang diadakan sekitar Ogos setiap tahun di Rangkaian Golf Pebble Beach ( Pebble Beach Golf Link ), California pada lubang ke-17 dan 18. 

Acara ini pertama kali diadakan pada tahun 1950 yang mana dianjurkan serentak dengan Pebble Beach Road Race iaitu acara perlumbaan yang dianjurkan oleh Kelab Kereta Sports Amerika. Sekitar 30 buah kereta dipamerkan di sekitar ruangan driving range kelab golf ini. Pebble Beach Concours d'Elegance ini kemudiannya dianjurkan setiap tahun sekaligus menjadikan ia sebagai acara tahunan di California ini.


1952 Rolls Royce Phantom IV Hooper Sedanca de Ville
Mengikut Bahasa Perancis, Concours d'Elegance bermaksud Competition of Elegance. Koleksi kereta yang dipamerkan dalam acara ini akan dipertandingkan mengikut jenis, jenama, coachbuilder, negara pengeluar dan zaman dikeluarkan. Keaslian, fungsi, sejarah serta stail kereta merupakan ciri yang diambil kira juri dalam memberi markah kepada kereta tersebut.

Setiap kereta yang berjaya menempatkan diri dalam pertandingan ini tidak berhak untuk memasuki acara ini untuk 10 tahun akan datang melainkan ia dibaikpulih ataupun kereta tersebut bertukar tangan kepada pemilik yang baru. Dianggarkan lebih 15,000 pengunjung dari serata pelusuk dunia menghadiri acara ini setiap tahun. Harga tiket menghadiri acara ini adalah sebanyak AS$750 ataupun sekitar RM3,000.

1965 Ford Shelby Mustang GT350
Tahun ini Pebble Beach Concours d'Elegance diadakan pada Ahad 8 Ogos 2015. Kebanyakkan kereta yang menyertai pertandingan ini merupakan kereta yang dicipta sebelum tahun 1972. Antara kereta yang memeriahkan acara ini ialah Shelby GT350 yang menyambut ulangtahun ke-50 selepas ia dikeluarkan dan Lincoln Continental yang menyambut ulangtahun ke-75.

Selain itu, pengeluar kereta legenda seperti Ferrari, Bentley, Bugatti, Rolls Royce, Fiat dan Maserati turut menarik perhatian orang ramai yang hadir. Sebanyak 219 buah kereta menyertai acara tahun ini yang terdiri daripada 16 negara.

1924 Isotta Franschini Tipo 8A F.Ramseier and Cie Woublaufern

Best of Show dalam acara Concours kali ini telah dianugerahkan kepada kereta buatan Itali, 1924 Isotta Franschini Tipo 8A F.Ramseier and Cie Woublaufern yang dimiliki oleh Jim Patterson dari Kentucky, AS. Model ini telah dikeluarkan dari tahun 1924 hingga 1931 dengan jumlah pengeluaran 950 unit.

Berikut merupakan gambar sekitar Pebble Beach Concours d'Elegance oleh www.sportscardigest.com ;




1932 Rolls-Royce Phantom II Continental Figoni & Filaschi Pillarless Berline

1935 Mercedes Benz 500K Roadster 
1939 Alfa Romeo 6C Touring Coupe 
1939 Bugatti Type 57C Vanvooren Cabriolet 
1952 Ferrari 340 Mexico Vignale Spider 
1953 Abarth 1100 Sport Ghia Coupe 
1954 Fiat 8V Supersonic Ghia Coupe 
1955 Maserati A6G 2000 Zagato Coupe
1960 Ferrari 250 GT SWB Scaglietti Berlinetta Competizione 
1964 Ferrari 250 GTL Scaglietti Berlinetta Lusso 
1965 Shelby Cobra Daytona Coupe
1956 Jaguar D-type Roadster

No comments:

Post a comment