Saturday, 8 August 2015

20 Gambar Terbaik Asia Klasika 2014


Acara himpunan kereta klasik dan vintaj terbesar di Malaysia, Asia Klasika 2014 telah dianjurkan oleh Historic Motoring Ventures oleh Historic Motoring Ventures. Program yang dinanti-nantikan penggemar kereta klasik dan vintaj ini diadakan di Hotel Pullman Putrajaya pada 31 Oktober hingga 2 November 2014.

Lebih 40 buah kereta klasik dan vintaj dari pelbagai jenama menyertai acara ini termasuk koleksi peribadi milik Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Selain itu, pengimport kereta klasik, Kuala Lumpur & Temasek Automobiles ( KLT ) turut mempamerkan stok kenderaan mereka yang sedia untuk dijual.


Toyotaa Celica Supra
Antara kereta yang menarik perhatian dalam himpunan ini adalah Toyota Celica Supra tahun 1985 yang diimport daripada Jepun oleh KLT Automobiles. Jentera berenjin 2.8 liter dengan electronic display dashboard ini sedia untuk dijual pada harga RM148,000.

Maserati Ghibli

Salah satu koleksi peribadi Sultan Johor, Maserati Ghibli yang dipamerkan dengan warna badan merah menyala turut menarik perhatian pengunjung. Nama Ghibli ini diinspirasikan dari perkataan Libya yang bermaksud angin yang kering dan panas. Sultan Johor turut berkenan mempamerkan koleksinya yang lain seperti Ford Mustang Mach I dan Porsche Carrera 930.

Rolls Royce Corniche, Silver Wraith, Jaguar XK140, Range Rover, Porsche 911, Ferrari 412, Mercedes SL R107 antara kereta klasik dan vintaj yang seringkali menarik minat penggemar kereta klasik dan vintaj yang hadir pada acara ini.

Pada tahun ini, Historic Motoring Ventures terus mengekalkan lokasi di Hotel Pullman Putrajaya untuk acara Asia Klasika 2015 yang dijadualkan dari 2-4 Oktober 2015. Dijemput penggemar kereta klasik dan vintaj untuk turut hadir bagi memeriahkan himpunan kereta klasik paling berprestij di Malaysia ini.

Berikut gambar-gambar yang sempat diambil pada acara ini ;

Rolls Royce Silver Wraith 
Rolls Royce Corniche

Jaguar XK140


Alfa Romeo Montreal



Range Rover

Datsun 510 SSS

Porsche 911

Rolls Royce Silver Shadow

Ferrari 412

Mercedes Benz 380SL R107

Speedometer Toyota Celica Supra

Sisi belakang Celica Supra

Porsche 911

Volkswagen Karmann Ghia



No comments:

Post a comment