Saturday, 22 August 2015

( 20 Gambar ) The Star Motor Carnival 2012



Pada 14 hingga 17 September 2012, akhbar rakyat berbahasa Inggeris, The Star telah menganjurkan Karnival Permotoran The Star yang bertempat di perkarangan tempat letak kereta Stadium Nasional Bukit Jalil. Pameran selama empat hari ini turut menyaksikan penyertaan puluhan unit kereta klasik dan vintaj.

Salah satu kereta yang menarik perhatian pengunjung yang hadir adalah Ferrari Dino milik tokoh perbankan Malaysia. Model Ferrari Dino 246 GT ini dinamakan sempena anak lelaki pengasas Ferrari menggunakan enjin 2.4 liter yang menyalurkan 195 kuasa kuda kepada jentera untuk bergerak.



Majalah Motor Trend Classic yang berpangkalan di Amerika Syarikat menyenarikan model ini di tempat ketujuh sebagai salah sebuah kereta Ferrari terbaik sepanjang zaman. Sebanyak 3,913 unit model ini termasuk 206 GT dikeluarkan dari tahun 1968 hingga 1974. Menurut syarikat insurans kereta klasik tersohor Amerika, Hagerty Classics, mereka menilaikan bahawa purata harga untuk seunit Ferrari Dino 206 GT/S adalah sekitar RM2.7 juta.



Rolls Royce Silver Cloud yang dipamerkan turut menarik perhatian penonton yang hadir. Menurut pemiliknya, kereta yang dikeluarkan pada tahun 1958 adalah antara siri terawal yang menggunakan transmisi automatik untuk model Silver Cloud yang dikeluarkan dari tahun 1955 hingga 1966. 

Dalam tempoh 11 tahun pengeluarannya, Rolls Royce hanya mengeluarkan sekitar 7,300 unit sahaja dengan dua variasi iaitu 4.9l I6 dan 6.75l V8. Kami menganggarkan nilai kereta ini adalah sekitar RM260,000 dengan keadaan kereta dalam kondisi baik.



Selain itu, Ford Model T juga telah dipamerkan oleh pengimport kereta klasik iaitu Rainbird Classic dalam acara ini. Model ini merupakan salah sebuah model yang memberi dimensi baharu buat industri automotif dunia. Untuk pengetahuan anda, Ford Model T merupakan kereta pertama yang dikeluarkan secara besar-besaran.

Model mampu milik ini dijual pada harga sekitar US$260 dengan tujuan untuk mengangkut pembeli ke destinasi yang ingin ditujui dengan spesifikasi minimum. Henry Ford telah menjadi kaya raya dengan anggaran kekayaan RM770 bilion kerana model ini telah berjaya menembusi pasaran Eropah dan mengungguli pasaran Amerika apabila berjaya menjual lebih 15 juta unit dalam tempoh 19 tahun.

Alfa Romeo Spider

Rainbird Classic turut mempamerkan Alfa Romeo Spider dalam acara ini. Model ini telah dikeluarkan selama 27 tahun ini diambil nama sempena perkataan speeder yang bermaksud kereta kuda dengan dua tempat duduk. Dengan menggunakan rekaan Pininfarina, kereta sports dua pintu ini sentiasa menjadi kegilaan dan perhatian penggemar Alfa Romeo diseluruh dunia.

Selain itu, terdapat kereta lain yang turut mengambil bahagian dalam pameran ini termasuk Chevrolet Corvette C1, Porsche 911, Porsche 944, Jaguar MKII, Mercedes W115 dan Volvo Amazon. Berikut adalah gambar yang sempat diambil ;

Mercedes Benz S-Class W108

Volvo Amazon

Jaguar MKII




Porsche 944


Ferrari Dino 246 GT



Chevrolet Corvette C1



Alfa Romeo

Porsche 911


1 comment:

  1. Mercedes-Benz dengan plat pendaftaran BAC181 di atas adalah S-Class W108, bukan E-Class W115 sebagaimana tertulis.
    Harap dapat dibuat pembetulan.

    ReplyDelete