Wednesday, 1 July 2015

Koleksi Kereta Drummer Pink Floyd, Nick Mason

Nick Mason bersama Bugatti Type 35
Nick Mason atau nama sebenarnya Nicholas Berkeley Mason merupakan salah seorang ahli kumpulan Rock British, Pink Floyd. Beliau merupakan satu-satunya ahli kumpulan Pink Floyd yang menggangotainya semenjak ia ditubuhkan pada tahun 1965.

Warga Britain ini memang terkenal dengan kegilaannya dalam sukan permotoran. Beliau pernah terlibat dalam perlumbaan 24 Hours of Le Mans di Perancis sekitar awal tahun 80-an. Perlumbaan ini merupakan perlumbaan kereta paling tua di dunia apabila pertama kali diperkenalkan pada tahun 1923.



Antara kereta yang dimiliki oleh Nick Mason ialah Ferrari 250GTO yang mana hanya 39 unit sahaja dikeluarkan. Model ini pernah direkodkan sebagai kereta paling mahal di dunia apabila pernah dilelong dengan harga lebih RM195 juta pada tahun 2013. Beliau juga salah seorang individu yang dijemput oleh Ferrari untuk memiliki sebuah Ferrari Enzo yang dikeluarkan terhad sebanyak 400 unit sahaja pada 2002.

Beliau telah meminjamkan keretanya itu kepada Jeremy Clarkson ( pengacara TopGear ) untuk dilakukan review. Kini, kereta tersebut berada dalam senarai jualan TalaCrest, penjual kereta di England. [ klik sini ].

Kami juga dikhabarkan bahawa salah satu unit Lamborghini Countach yang berada di Malaysia turut pernah dimiliki oleh Nick Mason sebelum ianya dibawa masuk ke Malaysia. Walaubagaimanapun, kami tidak dapat mengesahkan kesahihan berita ini. Mungkin jika ada kelapangan kami akan bertanya kepada pemilik Lambo tersebut sendiri.

Berikut merupakan koleksi kereta milik Nick Mason ;

Ferrari 250 GTO

Ferrari 250MM Berlinetta
Ferrari 512S
Ferrari Daytona
Maserati Birdcage
McLaren F1


No comments:

Post a Comment