Pada 30 Oktober 2011, Kelab Diraja Kereta Klasik dan Vintaj Malaysia ( RMVCCC ) telah menganjurkan konvoi ke Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan. Pemilik kenderaan klasik berhimpun di bangunan MCOBA ( Malay College Old Boy Association ) yang terletak di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur.
Lebih 35 unit kenderaan klasik dan vintaj menyertai konvoi ini yang bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 8.30 pagi dan sampai sekitar jam 10.15 di destinasi pertama iaitu di TESCO, Seremban. Di sana, pemilik kenderaan klasik dan vintaj disediakan sarapan pagi yang turut disertai oleh Yamtuan Besar Negeri Sembilan, DYMM Tuanku Muhriz Tuanku Munawir serta puteranya iaitu Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain al-Abidin.
Selesai sarapan pagi, Ketua Pengarah Eksekutif TESCO Malaysia, Sunghwan Do melepaskan rombongan konvoi yang diketuai oleh Tuanku Muhriz yang memandu MG MGB untuk meneruskan perjalanan ke Istana Sri Menanti. Baginda turut ditemani oleh Presiden RMVCCC iaitu Tunku Adnan Tunku Besar Burhanuddin.
Konvoi tiba di Istana Sri Menanti sekitar jam 11.30 pagi dan pemilik kenderaan klasik dan vintaj mengambil kesempatan untuk bergambar bersama Yamtuan Besar. Baginda kemudiannya berkenan untuk melihat dengan lebih dekat setiap kereta milik peserta sambil menyerahkan sijil penyertaan kepada kesemua pemilik kereta yang mengikuti konvoi ini.
Peserta kemudiannya dihidangkan dengan santapan tengah hari oleh Istana sebelum acara bersurai. Yamtuan Besar juga mengambil kesempatan dalam majlis tersebut untuk berucap dan menyuarakan penghargaan kepada kesemua peserta serta menjemput mereka untuk melawat Istana Lama Seri Menanti.
Berikut adalah gambar-gambar yang diambil ketika Konvoi ;
Morgan Plus 8 |
Porsche 911 |
Mercedes Benz W123 TE |
MG MGB |
Mercedes Benz 280SE 3.5 Coupe |
Rolls Royce Silver Shadow Coupe |
Mercedes Benz S-Class W116 |
Rolls Royce Corniche |
Cadillac DeVille Extended |
MINI Moke |
Jaguar XJS |
MG MGB |
Ferrari 412 |
Bentley 4 1/4 litre |
Yamtuan Besar Negeri Sembila memandu uji sebuah MG MGB |
MG MGA |
hi. ada sediakan sewa untuk kereta klasik sempena persaraan guru tak.boleh bagi no contact.
ReplyDelete