Tuesday, 9 June 2015

Top 5 Kemunculan Ford Mustang dalam Filem Hollywood


Ford Mustang merupakan salah sebuah kereta Muscle Amerika yang paling ikonik pernah dikeluarkan. Setelah lebih 50 tahun Ford Mustang dikeluarkan, Ford Motor Co. mengeluarkan kenyataan bahawa Ford Mustang telah muncul lebih daripada 500 buah semenjak ia dikeluarkan pada tahun 1964.


Berikut kami senaraikan lima filem terbaik bagi anda melihat adegan ataupun babak yang melibatkan Ford Mustang ;

5. James Bond Goldfinger : 1964 Ford Mustang Convertible
Filem lakonan Sean Connery ini menunjukkan aksi kejar mengejar di antara James Bond yang memandu Aston  Martin DB5 dan Tilly Masterson lakonan Tania Mallet yang memandu FOrd Mustang Convertible.

4. James Bond Diamonds Are Forver : 1971 Ford Mustang Mach 1
Filem terakhir yang menampilkan Sean Connery sebagai James Bond ini turut menayangkan babak kejar mengejar diantara James Bond dan polis. Apa yang menariknya adalah pengakhiran babak ini dimana Ford Mustang Mach 1 yang dipandu James Bond ini mampu terus bergerak lebih 100 meter meskipun hanya dua tayar sebelah kanan sahaja yang berada di atas tanah.

3. Gone In Sixty Seconds ( 1974 ) : Ford Mustang Mach 1
Ford Mustang Mach 1 telah digunakan dalam filem Gone in Sixty Seconds oleh H.B . Halicki sebagai Maindrian Pace yang merupakan pengarah, produser serta pelakon utama dalam filem ini. Aksi kejar mengejar selama 40 minit membabitkan 'Eleanor' dalam filem ini merupakan aksi kejar mengejar yang paling lama dalam sejarah perfileman dunia

2. Bullitt : Ford Mustang GT390
Filem penyiasatan yang menampilkan aktor legenda, Steve McQueen sebagai Leftenan Frank Bullitt ini merupakan antara filem yang paling sering kali dikaitkan dengan Ford Mustang. Hal ini kerana filem ini dibintangi oleh Steve McQueen yang sememangnya penggemar kereta. Bahkan beliau mempunyai beberapa buah koleksi kereta seperti Porsche 356 Speedster dan Ford GT40.  Seterusnya kerana adegan kejar mengejar diantara Ford Mustang GT390 yang dipandunya dan 1968 Dodge Charger yang dipandu penjenayah.

1. Gone In Sixty Seconds ( 2000 ) : Ford Mustang Shelby GT500
Filem lakonan mantap Nicolas Cage dan Angelina Jolie ini telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada penggemar Muscle Car. Shelby GT500 yang dinamakan Eleanor dalam filem yang dibikin semula ini seringkali menjadi sebutan peminat Muscle Car. Kebanyakkan pemilik Ford Mustang menjadikan model yang digunakan dalam filem ini sebagai panduan mereka mengubahsuai kereta mereka. Dalam lebih 50 buah kereta dari jenama Lexus ke Hummer hingga ke AC Cobra, pengarahnya menampilkan kereta Shelby GT500 ini sebagai kereta utama yang digunakan dalam filem ini.

Sejujurnya, jika ada salah seorang dalam kalangan anda yang tidak pernah menonton filem-filem yang disenaraikan di atas ini. Luangkanlah sedikit masa menonton setidak-tidaknya Gone In Sixty Seconds kerana keseluruhan filem ini bertemakan kereta. Maka, amatlah memalukan jika anda menggelarkan diri anda penggemar kereta namun tidak pernah menonton filem ini.

No comments:

Post a Comment