Monday, 22 June 2015

Mercedes 600 Milik Elvis Presley Untuk Dijual pada Harga AS$550,000

Raja Rock n Roll, Elvis Presley sememangnya seorang yang gila kereta. Beliau pernah memiliki pelbagai jenis kereta dari jenama Cadillac, Ferrari sehinggalah Rolls Royce. Kini, selepas 38 tahun pemergiannya, kereta Mercedes 600 miliknya yang telah diberikan kepada rakannya bersedia untuk dijual di eBay.

Mercedes 600 Standard Wheelbase ini dikeluarkan pada tahun 1969. Logo TCB iaitu band yang membantu beliau melakukan setiap persembahan dari tahun 1969 sehingga 1977 ini tertera pada pintu hadapan kedua-dua belah kereta ini.


Elvis Presley membeli kereta ini dengan membuat pembiayaan selama tiga tahun. Beliau membayar wang pendahuluan sebanyak AS$5,500 dan ansuran sebanyak AS$344 sebulan selama 36 bulan. Kereta berwarna kelabu dengan hiasan dalaman berwarna hitam ini hanya dipandu sekitar 60,000 batu sahaja.

Kini, kereta Mercedes 600 yang pernah dimiliki oleh Elvis Presley ini boleh dibeli pada harga AS$550,000 ataupun sekitar RM2 juta ataupun anda boleh membuat tawaran kepada penjual. Menurut agensi insurans Hagerty, kereta ini hanyalah bernilai AS$150,000 ataupun sekitar RM550,000 bagi kereta yang keadaan yang terbaik.

Persoalannya... Berapakah harga yang sesuai jika anda berminat untuk membeli kereta Mercedes 600 ini. Sejujurnya, harga kereta itu boleh didapati pada harga sekitar RM180,000. Disebabkan kereta ini pernah menjadi kepunyaan legenda rock n roll, maka nilai tambahnya sekitar RM200,000. Anggaran kami adalah sekitar RM380,000 sahaja kereta ini boleh dijual meskipun sejarah disebalik kereta ini begitu menarik. Jika anda tekan make offer dan tuliskan AS$150,000. Kami percaya kereta tersebut dijual. 

[ Klik Sini ] - Link eBay


Berikut adalah gambar-gambar kereta Mercedes 600 milik Elvis Presley ;


Perjanjian sewabeli Mercedes 600 miliknya

Logo TCB pada kedua-dua belah pintu hadapan kereta ini

Geran kereta tersebut









No comments:

Post a Comment