Thursday, 25 June 2015

Kontroversi Mercedes 280SL Milik DS Azalina Othman Said

Mercedes 280SL yang dimaksudkan blogger
The Whistle Blower 711
Dato' Seri Azalina Othman Said merupakan seorang Ahli Parlimen Pengerang yang pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan serta Pelancongan. Pada awal tahun 2012, blog The Whistleblower 711 mendedahkan bahawa beliau menerima cek bernilai RM300,000 daripada syarikat milik Dato' Yahya A. Jalil, Pengarah Urusan Gerbang Perdana yang terlibat dalam projek pembinaan Jambatan Bengkok di Johor.

Cek tersebut telah mencetuskan polemik apabila blogger tersebut mempertikaikan untuk apakah DS Azalina menerima RM300,000 daripada seorang ahli perniagaan berjaya. Blogger itu turut memohon SPRM untuk menyiasat transaksi tersebut kerana menggangap bahawa transaksi tersebut merupakan satu sumbangan politik yang mungkin mengakibatkan salah guna kuasa ataupun korupsi.




Sehubungan itu, DS Azalina mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa beliau menerima RM300,000 daripada Dato Yahya A. Jalil serta menafikan sebarang dakwaan wang tersebut merupakan wang rasuah. Beliau menjelaskan bahawa wang itu diterimanya hasil jualan sebuah kereta klasik.


Blog The Whistleblower 711 yang membangkitkan isu ini

" Dua tahun lalu ( 2010 ), ketika beliau menjawat jawatan menteri, beliau membeli sebuah kereta klasik Mercedes Benz 280SL tahun 1969. Ia merupakan salah satu hobinya. Kemudian beliau sedar bahawa untuk menyelenggara sesebuah kereta klasik ini memerlukan belanja yang tinggi lalu beliau berhenti dari melakukan hobi tersebut ( menyimpan kereta klasik ) dan terus mengiklankannya untuk mencari pembeli berpotensi. Pada Mac tahun lalu ( 2011 ), Yahya hubunginya dan beliau jual kereta tersebut kepadanya " kata pegawai media DS Azalina, Zulkifli Mat Rawi kepada Free Malaysia Today ( FMT ).

Kemudiannya, blogger terbabit dan rakan seperjuangannya mempertikaikan harga jualan kereta tersebut yang dianggap melangkaui harga pasaran. Mereka menganggarkan kereta tersebut hanya bernilai sekitar RM188,000 sahaja berpandukan sebuah iklan di laman web iklan kereta.

Nilai 280SL Pagoda menurut Hagerty

Ulasan :

Sejujurnya penulis berkesempatan melihat dengan mata penulis sendiri kereta Mercedes 280SL Pagoda yang dimaksudkan itu. Penulis ingin mengesahkan bahawa kereta tersebut sememangnya berada dalam tangan Dato Yahya A. Jalil kerana ketika penulis melihat koleksi kereta klasik beliau, kereta ini turut kelihatan.

Harga kereta yang dijual DS Azalina kepada Yahya A. Jalil adalah pada nilai pasaran. Menurut agensi insurans terkemuka yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Hagerty, kereta Mercedes 280SL pada keadaan terbaik dianggarkan bernilai AS$70,000 ataupun bersamaan RM220,000 pada tahun 2011.

Nilai ini melibatkan harga sebuah kereta sahaja. Tidak termasuk cukai, kos pengangkutan dan caj servis oleh pengimport yang dianggarkan penulis sekitar RM 60,000. Hal ini menjadikan keseluruhan harga kereta ini untuk dibawa masuk ke Malaysia berjumlah RM280,000.

Justeru, untuk mengatakan bahawa DS Azalina menjual kereta ini melebihi harga pasaran dan bertujuan korupsi adalah tidak relevan. Mengikut kira-kira penulis, DS Azalina hanya memperoleh RM20,000 keuntungan hasil jualan tersebut jika beliau membayar RM280,000 untuk 280SL Pagoda tersebut.

Penulis juga percaya bahawa pembelian kereta tersebut bukanlah bertujuan korupsi. Dato Yahya A. Jalil merupakan penggemar kereta klasik dan beliau memiliki pelbagai jenis koleksi kereta klasik seperti Porsche 356, Mercedes 190SL, BMW 850i dan pelbagai lagi. Malahan dalam Asia Klasika 2013, kereta milik beliau telah menang dalam Trofi Tribute 100 Tahun Aston Martin melalui kereta miliknya iaitu Aston Martin Vantage tahun 1989.

Kini, kereta milik DS Azalina itu dinilai oleh Hagerty pada harga RM560,000. Hal ini didorong kejatuhan matawang Ringgit Malaysia selain peningkatan nilai harga kereta ini dari AS$70,000 pada tahun 2011 kepada AS$152,000 pada tahun 2015.

No comments:

Post a Comment