Pada 8 Mei 2011, Mercedes Benz Malaysia dengan kerjasama Historic Motoring Ventures telah mengadakan himpunan kereta Mercedes terbesar di Asia Tenggara. Tahun 2011 merupakan ulangtahun ke-125 Mercedes yang mencipta kenderaan berenjin pada tahun 1886.
Acara sehari yang berlangung di The Palace of the Golden Horses ini merupakan satu acara bersejarah di Malaysia kerana terdapat 125 buah unit Mercedes yang menyertai himpunan ini dengan anggaran nilai keseluruhan sekitar RM80 juta.
1936 Mercedes Benz 500K Roadster milik Tan Sri Eugene Campos antara tumpuan utama kereta ini kerana jumlah pengeluarannya yang terhad menyebabkan nilai mencecah jutaan ringgit. Selain itu, Mercedes 300SL Gullwing, 280SL Pagoda Top serta Mercedes 600 turut menarik perhatian pengunjung yang hadir.
Berikut merupakan antara gambar-gambar ketika acara tersebut berlangung ;
 |
Mercedes Benz R107 SL |
 |
300SL Gullwing |
 |
Mercedes Benz W111 Coupe |
 |
Fintail W112 |
 |
Mercedes Benz S-Class W108 |
 |
Mercedes Benz W113 |
 |
Mercedes Benz 600 |
 |
Mercedes Benz V123 Limosine |
 |
Mercedes Benz 123TE |
 |
Mercedes Benz V124 |
 |
Mercedes Benz 190SL |
 |
300SE W112 |
No comments:
Post a comment