Art of Speed merupakan salah satu acara yang paling dinanti-nantikan penggemar motosikal dan kereta di seluruh Malaysia. Berlangsung pada 6 dan 7 Jun 2015 bertempat di MAEPS, Serdang, acara ini telah berjaya menghimpunkan penggemar kereta oldskool dan bikers untuk bersama-sama memeriahkan program ini.
Acara ini berjaya menampilkan koleksi kereta oldskool seperti Datsun, Toyota, Nissan serta American Muscle seperti Dodge, Chevrolet dan Chrysler.
Selain itu, acara yang telah memasuki tahun keempat turut mempamerkan pelbagai jenis jenama motosikal antaranya Triumph, Norton, Harley Davidson dan sebagainya. Bertemakan kustom kulture, acara ini banyak menampilkan motosikal yang direka khas berbanding motosikal standard.
Kami dari pihak Classic Cars Malaysia sentiasa memberi sokongan terhadap sebarang acara ataupun pihak yang memartabatkan serta mengangkat industri automotif ke tahap yang lebih tinggi. Tahniah kepada penganjur Art of Speed Malaysia serta pasukannya terhadap penganjuran acara Artof Speed yang penuh meriah tahun ini.
Berikut merupakan gambar-gambar sekitar acara tersebut :
Datsun Fairlady |
Chevrolet Corvette C3 |
Chrysler Imperial Custom Southampton Two Door |
Mercedes Benz G-Wagen |
Chevrolet Impala |
Fiat 850 |
Datsun Fairlady |
Volkswagen Beetle Cabriolet |
Ford Escort |
Datsun Fairlady Z31 |
BMW E30 Cabriolet |
No comments:
Post a comment