Monday, 25 May 2015

Selamat Datang ke Classic Cars Malaysia

Classic Cars Malaysia bermula di Instagram apabila kami ingin berkongsi gambar-gambar kereta klasik dan vintaj yang terdapat di Malaysia kepada rakyat Malaysia khususnya. Dari Oktober 2014 hingga Mei 2015, kami telah mengumpul lebih 3,800 pengikut hasil perkongsian lebih 260 gambar kereta klasik dan vintaj.

Pada bulan Mei 2015 pula kami mengambil inisiatif untuk membuka page di Facebook agar kami dapat berkongsi gambar serta informasi dan fakta mengenai kereta yang kami paparkan. Page di Facebook juga memudahkan kami untuk berkongsi maklumat terkini mengenai setiap acara yang melibatkan kereta klasik di Malaysia.


Kini, kami terus komited untuk memupuk minat terhadap kereta klasik dan vintaj serta menyampaikan maklumat mengenai industri kepada orang ramai agar segmen ini terus dihargai oleh orang ramai.

Kami berharap blog ini agar dapat menjadi sebuah platfom utama rakyat Malaysia khususnya dalam mencari maklumat mengenai kereta klasik. Kami juga berhajat untuk menjadi arkib gambar dengan menyimpan gambar-gambar acara kereta klasik yang telah berlangsung di Malaysia.

Anda disarankan untuk terus mengikuti kami menerusi ;

Instagram : @ClassicCarsMalaysia
Facebook  : Classic Cars Malaysia
Laman Web : www.classiccarsmalaysia.blogspot.com
E-mail : classiccarmalaysia@gmail.com / wanabdrahman@yahoo.com

Untuk berhubung : 0126074777 ( Wan )

No comments:

Post a Comment