Monday, 25 May 2015

Sejarah Kereta Merdeka : Nash Rambler Convertible 1951

Pada 20 Februari 1956 di Padang Banda Hilir, Melaka, berlaku salah satu peristiwa ikonik dalam sejarah kewujudan Malaysia. Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan kemudiannya berarak mengelilingi bandar Melaka.
On February 20, 1956 in Padang Banda Hilir , Melaka , one of the iconic events in the history of Malaysia happened  . Tunku Abdul Rahman declared the independence of the Federation of Tanah Melayu on 31 August 1957 and subsequently marched around the city.

Gambar Tunku berarak menaiki sebuah kereta Amerika lebih sinonim dengan peristiwa ini berbanding gambar Tunku sedang mengumumkan kepada orang ramai mengenai tarikh Kemerdekaan.
Tunku pictures parading up an American car is more synonymous with this event over the image of Tunku announcing to the public of the date of independence .
Kereta yang dinaiki Tunku Abdul Rahman untuk berarak di sekitar bandar Melaka ialah Nash Rambler Convertible 1951 dengan nombor pendaftaran M4442 . Kereta ini dipinjamkan oleh seorang tauke Cina di Melaka kepada Tun Ghaffar Baba kerana ingin membawa Tunku mengelilingi bandar Melaka.
The car that Tunku Abdul Rahman rode to march around the city center is 1951 Nash Rambler convertible with registration number M4442 . This car was borrowed by a Chinese employer in Melaka to Tun Ghaffar Baba becuase he wanted to Tunku bring around town.
M3
Menjelang Sambutan Kemerdekaan Negara ke-50, Arkib Negara ingin menjejakkan kembali kereta ini di Melaka. Namun difahamkan kereta ini sudah tidak wujud lagi menyebabkan mereka mengambil inisiatif lain untuk memiliki kereta dengan model yang sama.
Towards the 50th National Independence, the National Archive wanted to set the car up again in Malacca, but they learned that car was not in existence anymore. Therefore, they took the initiative to have a car of the exact same model.
M2Ini menyebabkan Faroib Enterprise Sdn Bhd iaitu ejen yang dilantik oleh Arkib Negara Malaysia mengembara ke Ohio, Amerika Syarikat bagi mendapatkan kereta yang sama yang digunakan oleh Tunku.
This leads to Faroib Enterprise Sdn Bhd, an agent appointed by the National Archives of Malaysia to traveled to Ohio , United States to get the same car used by Tunku .
Mereka membelanjakan sejumlah RM 171,000 untuk membeli kereta ini meskipun pada mulanya syarikat yang memiliki kereta ini enggan menjualnya kerana kereta tersebut pernah digunakan dalam filem Superman.
They spent a total of RM 171,000 to buy this car, although at first the company that own the car have been reluctant to sell the car because the car was used in the movie Superman.

Kereta ini dibawa pulang ke Malaysia dengan menaiki kargo udara Federal Express ( FEDEX ) dan pertama kali digunakan pada Konvoi Kemerdekaan ke-50 yang dinaiki oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi ( Perdana Menteri ketika itu ) dengan nombor pendaftaran yang sama di Melaka.
The car was brought back to Malaysia by Federal Express ( FEDEX ) air cargo and was first used in the 50th independence Convoy which was rode by Tun Abdullah Ahmad Badawi ( Prime Minister at the time) with the same registration number in Melaka .
Pada Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-55 di Dataran Merdeka, kereta ini turut digunakan dalam perarakan tersebut. Bekas parajurit negara telah diberikan penghormatan untuk mengibarkan bendera Malaysia dari atas Kereta Merdeka tersebut.
In the celebration of the 55th Independence Day of Malaysia at Merdeka Square , this car was used in the parade . Former soldiers of the country have been given the honor to fly the Malaysian flag on the top of the Freedom car .

Menurut laman web kereta klasik Hemmings.com, kereta ini dianggarkan bernilai sekitar RM 150,000.
According to the classic car website 'Hemming.com', the car's worth is estimated to be around RM 150,000.


2 comments:

  1. Beli harga mahal lagi !!! Tapi sepatutnya nilai dalam sejarah adalah tidak boleh dinilaikan dengan harga ringgit Malaysia terutamanya pada masa kini selepas GST !!!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete