Friday, 22 May 2015

Harry Styles dan Jaguar E-Type





Salah seorang ahli kumpulan One Direction, Harry Styles kelihatan memandu Jaguar E-Type di tempat letak kereta The Sparniards Inn, Hamstead, London. Kereta tersebut dipercayai dibawa oleh wakil syarikat menjual kereta ke kelab tersebut kerana penyanyi tersebut ingin memandu uji kereta tersebut.
One of the member of One Direction, Harry Styles, looks to drive Jaguar E - Type in the parking lot of The Sparniards Inn , Hamstead , London. The car is believed to be brought by representatives of cars selling company to the club because Harry Styles wanted to test drive the car.
Pada Mac 2008, akhbar The Daily Telegraph meletakkan kereta ini di tempat pertama dalam senarai 100 kereta tercantik sepanjang zaman. Majalah Sports Car International pula meletakkan Jaguar E-Type sebagai kereta sports terbaik pada tahun 60-an.
In March 2008 , The Daily Telegraph put the car in first place in the list of Top 100 most beautiful cars of all time. Sports Car International magazine also placed the Jaguar E - Type as the best sports car in the 60's.
Kecantikan rekaan kereta ini turut diakui oleh pengasas Ferrari, Enzo Ferrari. Sejurus selepas model ini dilancarkan, beliau menyatakan kereta ini sebagai '' kereta paling cantik yang pernah dibina ".
The beauty of the design of this car is also recognized by Ferrari founder , Enzo Ferrari stated this car as " the most beautiful car ever built " shortly after this model was launched.
Model Jaguar E-Type ini dikeluarkan selama 14 tahun iaitu dari tahun 1961 hingga 1975 dengan jumlah pengeluaran melebihi 71,000 unit. Model ini menggunakan tiga jenis enjin iaitu 3.8l dan 4.2l enam silinder menegak serta 5.3l V8 untuk siri ketiga.
Jaguar E - Type model is issued for 14 years , from 1961 to 1975 with total production of over 71,000 units. This model uses three types of engines 3.8L and 4.2L  six-cylinder straight and a 5.3L V8 for the series three.


Memiliki Jaguar E-Type merupakan idaman setiap penggemar kereta klasik kerana rekaannya yang menarik. Harga pasaran model ini bergantung pada tahun dan keadaan kereta tersebut. Model E-Type siri pertama lebih mahal jika dibandingkan dengan siri kedua dan ketiga.
Having a Jaguar E - Type is a dream for any classic cars enthusiast because of the attractive design . The market price depends on the model and condition of the car. The first series of E-Type model is much more expensive compared to the series two and series three.
Anggaran bagi Jaguar E-Type siri pertama adalah sekitar RM 550,000 manakala bagi siri kedua dan ketiga adalah sekitar RM 300,000. Di Malaysia, sebuah syarikat penjual kereta ingin menjual Jaguar E-Type siri kedua tahun 1969 pada harga RM 280,000.
Estimated price for the first series Jaguar E-Type is about RM 550,000 , while for the second and third series is about RM 300,000 . In Malaysia , a car dealer wants to sell Jaguar E - Type series two of year 1969 at a price of RM 280,000.



No comments:

Post a Comment