Thursday, 28 May 2015

Perarakan Kemahkotaan Sultan Johor Menggunakan Mercedes 600


Keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor ke Istana Besar, Johor Bharu
Istiadat Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim telah berlangsung pada 23 Mac 2015. Tradisi Diraja Johor ini terakhir sekali diadakan 1960 ketika DYMM Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim menjadi Sultan.

Peristiwa bersejarah yang bertempat di Istana Besar, Johor ini turut diserikan dengan perarakan diraja yang menyaksikan DYMM Sultan Johor serta kerabat Dirajanya dibawa berarak di sekitar Johor Bharu selepas Baginda Sultan Johor dimahkotakan.

Baginda telah mempersiapkan lima buah Mercedes 600 pelbagai variasi termasuk Landaulet dan Pullman serta lima buah Cadillac Eldorado pelbagai warna untuk digunakan bagi membawa kerabat Diraja Johor berarak di sekitar Johor Bharu.




Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil daripada Facebook Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia ;

Perarakan Kemahkotaan Sultan Johor turut melibatkan motosikal berkuasa tinggi

Mercedes 600 yang dinaiki oleh Sultan Johor ketika perarakan.

Pasangan Diraja Johor ini melambaikan tangan kepada rakyat jelata

Hanya 59 unit Mercedes 600 Landaulet dikeluarkan di dunia

No comments:

Post a comment