Tuesday, 26 May 2015

Kemegahan Mercedes 600


Mercedes 600 merupakan salah sebuah kereta klasik yang paling digilai oleh penggemar kereta klasik di seluruh dunia. Model yang menggunakan kod W100 ini dikeluarkan selama 18 tahun iaitu dari tahun 1963 sehingga 1981 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 2,677 unit.
Mercedes telah mengeluarkan sebanyak 2,190 unit untuk variasi standard wheelbase manakala sebanyak 428 unit untuk Long wheelbase serta hanya 59 unit Landaulet telah dikeluarkan.
Flagship Mercedes ini dikeluarkan setanding untuk bersaing dengan jenama kereta ultra-mewah British seperti Rolls Royce Silver Spirit.

Pope Paul IV kelihatan sedang menaiki Mercedes 600 Landaulet
Antara pemimpin yang pernah memiliki Mercedes 600 adalah bekas Perdana Menteri Iraq, Saddam Hussein, Raja Iran, Shah Reza Pahlavi, Revolusiner Cuba, Fidel Castro, bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos, serta Ketua Katolik, Pope Paul IV.
Salah satu unit Mercedes 600 milik Sultan Johor
Sultan Johor juga dikatakan memiliki beberapa unit Mercedes 600. Model ini telah digunakan beberapa kali dalam peristiwa penting yang berlaku di Johor antaranya pada Majlis Perkahwinan Tunku Mahkota Johor serta ketika Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor yang berlaku baru-baru ini. Jika tidak silap, sekitar lima buah unit Mercedes 600 digunakan ketika Perarakan Kemahkotan Sultan Johor di sekitar istana yang dinaiki oleh keluarga Diraja Johor.
Baginda begitu arif mengenai model ini bahkan terdapat sebuah temuramah yang dijalankan oleh media Filipina menunjukkan beliau mampu menentukan tahun apakah Mercedes 600 dalam tempoh beberapa saat berdasarkan ruang dalaman kereta tersebut.
Selain daripada itu, selebriti ternama Hollywood juga turut memiliki Mercedes 600 antaranya John Lennon, George Harrison, Jack Nicholson serta pengacara TopGear, Jeremy Clarkson.
Mercedes 600 dalam filem On Her Majesty's Secret Service
Francais filem James Bond turut menampilkan Mercedes 600 dalam filem mereka iaitu di dalam filem On Her Majesty's Secret Service dan Diamonds Are Forever.
Mercedes 600 ini ketika berharga sekitar AS$22,000 hingga AS$24,000 ketika pada tahun 1965. Kini selepas lebih 50 tahun, Mercedes 600 dijual pada harga sekitar RM 650,000.
Berikut antara beberapa buah unit Mercedes 600 yang berada di Malaysia ;



Video Hari Pertabalan Sultan Johor

No comments:

Post a comment