Tuesday, 29 December 2015

Mercedes 280SE 3.5 Coupe & Rolls Royce Corniche di Resepsi Perkahwinan Selebriti Terkenal Scha & Awal


Pada 6 Mei 2012, Pasangan selebriti terkenal tanahair, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya telah melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ( PICC ) selepas telah diakad nikah di Pullman Resorts & Hotels pada 4 Mei.

Majlis resepsi yang dihadiri lebih 2,000 tetamu ini bermula sekitar jam 8.00 malam turut dinamakan sebagai wedding of the year apabila melibatkan dua nama besar dalam industri hiburan. Kehadiran kedua-dua pasangan mempelai ini ke majlis resepsi secara berasingan dengan menaiki dua buah kereta klasik telah menarik perhatian hadirin.

Saturday, 17 October 2015

JTCars Tayang Koleksi Keretanya di XLR8 Putrajaya

Lamborghini Diablo VT
Sempena Festival Automotif XLR8 anjuran Astro di Putrajaya, Syarikat JTCars yang terkenal dengan koleksi kereta supercars mereka turut mengambil kesempatan mempamerkan sebahagian kereta yang berada dalam simpanan mereka dari model JDM seperti Honda S800 Roadster MKI hinggalah ke jentera Supercar Itali seperti Lamborghini Diablo.

Bagi kategori kereta Jerman, tiga unit model Mercedes SL merupakan tarikan utama buat golongan veteran yang lebih menghargai model sports terbaik Mercedes Benz ini. Mereka mempamerkan Mercedes Benz 190SL W121 tahun 1961 dengan warna cyan yang agak unik selain Mercedes Benz 280SL Pagoda Top Manual tahun 1968 dengan warna metallic gold. Turut dipamerkan sebaris dengan kedua-dua model diatas ialah Mercedes Benz R107 yang seringkali menjadi pilihan penggemar kereta klasik sebagai salah satu kereta pertama mereka untuk terlibat dalam mengumpul kereta klasik dan vintaj.

Thursday, 8 October 2015

Hatish Mayer : Pakar Custom & Baikpulih Kereta di Malaysia

Hatish bersama Chevrolet Impala Fastback '68

Hatish Mayer... Nama ini tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri kereta klasik dan vintaj serta penggemar kereta custom. Beliau merupakan pemilik garaj Mayer Carz Restoration yang beroperasi di Seksyen 15, Shah Alam.

Pemilik Chevrolet Impala Fastback 68 ini telah berkecimpung secara sepenuh masa dalam industri baikpulih ( restoration ) dan customizing kereta klasik dan vintaj semenjak tahun 2000. Sebelum terjun sepenuh masa dalam bidang ini, beliau hanya membaikpulih kenderaan secara sambilan ketika berkhidmat di sektor korporat. " Saya meninggalkan pekerjaan korporat saya untuk mengejar impian saya membuka bengkel sendiri. Segala hasil kerja saya disini merupakan hasil pengalaman saya ketika di Australia. " tambahnya lagi.

Sunday, 4 October 2015

Deretan Jaguar E-Type Tarikan Utama Asia Klasika 2015


Acara automotif klasik paling dinanti-nantikan oleh penggemar kereta klasik dan vintaj iaitu Asia Klasika 2015 telah melabuhkan tirainya pada tahun ini. Acara tiga hari yang berlangsung di Pullman Putrajaya bermula 2 Oktober hingga 4 Oktober 2015 ini diadakan serentak dengan program XLR8 anjuran Astro.


Menurut Andrew Suresh, penganjur Asia Klasika dari Historic Motoring Ventures menyatakan bahawa lebih 70 buah kereta pelbagai jenama dari MG hingga ke Porsche mengambil bahagian dalam Concours ( pertandingan ) kereta klasik berprestij ini yang masuk tahun keenam.

Sunday, 27 September 2015

Puteri Diana Dikecam Kerana Beli Mercedes 500SL


Pada Februari 1992, Puteri Diana telah dikecam hebat oleh orang ramai kerana telah membeli sebuah kereta Mercedes Benz 500SL. Isteri pewaris takhta England itu telah menjual kereta Jaguar XJS dan membeli Mercedes Benz 500SL untuk kegunaan peribadi pada harga AS$129,000.

Ketua Kesatuan Kejuruteraan Industri Permotoran, Jimmie Airlie menyifatkan tindakan yang diambil oleh Puteri Diana sebagai tidak sensitif serta amat tidak patriotik. Beliau turut menambah dengan berkata " Pada saat sukar seperti ini, keluarga diraja sepatutnya mengalakkan industri pembuatan Britain dengan memilih untuk membeli barangan Britain "

Sunday, 20 September 2015

Koleksi Kereta Ferrari pada Pebble Beach Concours d'Elegance


Syarikat Perundingan Nilai Aset berpangkalan di England, Brand Finance dalam kajiannya mendedahkan bahawa Ferrari merupakan jenama paling berkuasa pada tahun 2014. Syarikat automotif Itali berkuasa tinggi mendapat markah yang tinggi dalam Indeks Kekuatan Jenama, tarikan, kesetiaan pengguna serta sentimen pengguna produk tersebut.

Tidak hairanlah pada Mei 2015 sebuah kereta Ferrari 250GTO mencipta sejarah sebagai kenderaan yang paling mahal apabila dijual pada harga AS$38,000,000. Nilai estetik setiap model Ferrari yang pernah dihasilkan menjadikan ia sebagai salah satu kereta klasik dan vintaj yang paling dicari dalam kalangan penggemar kereta klasik dan vintaj.

Friday, 11 September 2015

Koleksi Kereta Klasik Tan Sri Taib Mahmud



Yang diPertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tan Sri Abdul Taib Mahmud merupakan salah seorang tokoh politik paling dihormati di Malaysia. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun sekaligus menjadikan beliau sebagai ketua kerajaan negeri paling lama berkhidmat di Malaysia.

Menurut NGO yang berpangkalan di Switzerland, mereka menganggarkan kekayaan Tan Sri Taib Mahmud dan keluarganya sekitar RM64 bilion. Kekayaan persendiriannya sahaja mencecah AS$15 bilion.

Friday, 4 September 2015

Mean Machines Melaka 2015


Melaka menjadi pilihan pertama dalam kalendar penganjuran autoshow pada tahun 2015. Acara yang berlangsung pada 24-25 April 2015 di The Shore, Melaka ini telah berjaya menarik ribuan warga Melaka dalam melihat sendiri pelbagai jenis kereta yang terdiri dari supercar, modified car dan juga kereta klasik.

Mean Machines telah berkali-kali mengadakan autoshow sebegini yang memfokuskan penyertaan syarikat yang memasarkan barangan after-market kepada pemilik kenderaan. Pada kebiasannya, Mean Machines akan dianjurkan dua kali setahun iaitu di Melaka sekitar April dan di Juru, Pulau Pinang sekitar Oktober.

Friday, 28 August 2015

Pebble Beach Concours d'Elegance 2015


Pebble Beach Concours d'Elegance merupakan acara himpunan kereta klasik dan vintaj paling berprestij di dunia. Himpunan ini merupakan acara grand finale dalam aturan Minggu Kereta Monterey yang diadakan sekitar Ogos setiap tahun di Rangkaian Golf Pebble Beach ( Pebble Beach Golf Link ), California pada lubang ke-17 dan 18. 

Acara ini pertama kali diadakan pada tahun 1950 yang mana dianjurkan serentak dengan Pebble Beach Road Race iaitu acara perlumbaan yang dianjurkan oleh Kelab Kereta Sports Amerika. Sekitar 30 buah kereta dipamerkan di sekitar ruangan driving range kelab golf ini. Pebble Beach Concours d'Elegance ini kemudiannya dianjurkan setiap tahun sekaligus menjadikan ia sebagai acara tahunan di California ini.

Saturday, 22 August 2015

( 20 Gambar ) The Star Motor Carnival 2012



Pada 14 hingga 17 September 2012, akhbar rakyat berbahasa Inggeris, The Star telah menganjurkan Karnival Permotoran The Star yang bertempat di perkarangan tempat letak kereta Stadium Nasional Bukit Jalil. Pameran selama empat hari ini turut menyaksikan penyertaan puluhan unit kereta klasik dan vintaj.

Salah satu kereta yang menarik perhatian pengunjung yang hadir adalah Ferrari Dino milik tokoh perbankan Malaysia. Model Ferrari Dino 246 GT ini dinamakan sempena anak lelaki pengasas Ferrari menggunakan enjin 2.4 liter yang menyalurkan 195 kuasa kuda kepada jentera untuk bergerak.

Sunday, 16 August 2015

Pelaburan Kereta Klasik


Kenderaan merupakan sebuah aset yang sering kali dikaitkan dengan susut nilai yang tinggi berbanding aset yang lain seperti hartanah, saham, barang kemas dan sebagainya. Walaubagaimanpun, fakta telah menunjukkan bukan semua kenderaan mengalami susut nilai yang tinggi kerana kereta klasik dan vintaj mengalami peningkatan harga hari demi hari.

Sebelum meneruskan penulisan, kita harus faham apakah itu kereta klasik dan vintaj yang dimaksudkan penulis. Kereta klasik dan vintaj yang mengalami peningkatan harga kebiasaannya merupakan kereta yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Hal ini mendorong kereta klasik dari Britain, Itali, Jerman mahupun Amerika dapat mengekalkan nilainya walaupun zaman kegemilangannya telah berlalu.

Saturday, 8 August 2015

20 Gambar Terbaik Asia Klasika 2014


Acara himpunan kereta klasik dan vintaj terbesar di Malaysia, Asia Klasika 2014 telah dianjurkan oleh Historic Motoring Ventures oleh Historic Motoring Ventures. Program yang dinanti-nantikan penggemar kereta klasik dan vintaj ini diadakan di Hotel Pullman Putrajaya pada 31 Oktober hingga 2 November 2014.

Lebih 40 buah kereta klasik dan vintaj dari pelbagai jenama menyertai acara ini termasuk koleksi peribadi milik Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Selain itu, pengimport kereta klasik, Kuala Lumpur & Temasek Automobiles ( KLT ) turut mempamerkan stok kenderaan mereka yang sedia untuk dijual.

Monday, 20 July 2015

( 30 Gambar ) Konvoi Kelab Diraja Kereta Klasik dan Vintaj Malaysia ke Istana Seri Menanti


Pada 30 Oktober 2011, Kelab Diraja Kereta Klasik dan Vintaj Malaysia ( RMVCCC ) telah menganjurkan konvoi ke Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan. Pemilik kenderaan klasik berhimpun di bangunan MCOBA ( Malay College Old Boy Association ) yang terletak di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur.

Saturday, 11 July 2015

PROTON 30 TAHUN oleh MatRodi


Kebiasaannya kos bagi memulakan syarikat automotif mencecah berbillion dolar. General Motor membelanjakan USD5 billion hanya untuk pembangunan kereta hybrid. Kereta elektrik Tesla Motor menelan belanja USD6 billion. Namun, Proton bermula dengan modal sebanyak RM150 juta dan pinjaman RM800 juta (USD250 juta). Pinjaman ini tidak diuruskan oleh Goldman Sach sebaliknya diperoleh terus daripada kerajaan.

Ketika Proton dibangunkan, pasaran automotif Malaysia hanyalah bernilai 23 ribu kereta setahun. Maksudnya industri ini teramatlah kecil.

Jika permintaan bertambah secara konsisten selari dengan pertumbuhan ekonomi 6% setahun, pasaran automotif Malaysia hari ini hanyalah akan sebesar 132 ribu kereta setahun

Tuesday, 7 July 2015

Lima Kereta Jerman Paling Ikonik



Kenderaan pertama yang dicipta menggunakan kuasa enjin telah dibangunkan pada tahun 1885 oleh seorang warga Jerman bernama Carl Benz. Kereta dengan dua tempat duduk dan tiga roda ini telah diperkenalkan pada malam tahun baru pada 1879.

Industri automotif dunia telah memasuki dimensi baharu sejurus kenderaan ini berjaya dicipta. Carl Benz meneruskan usahanya dalam bidang automotif bersama Gottlieb Daimler dengan jenama yang kini dikenali sebagai Mercedes Benz.

Tidak hairanlah mengapa sehingga ke hari ini, kereta Jerman masih mendahului dalam pembangunan industri automotif kerana bidang ini telah bertapak di sana melebihi 100 tahun kerana mereka merupakan perintis industri ini.


Wednesday, 1 July 2015

Koleksi Kereta Drummer Pink Floyd, Nick Mason

Nick Mason bersama Bugatti Type 35
Nick Mason atau nama sebenarnya Nicholas Berkeley Mason merupakan salah seorang ahli kumpulan Rock British, Pink Floyd. Beliau merupakan satu-satunya ahli kumpulan Pink Floyd yang menggangotainya semenjak ia ditubuhkan pada tahun 1965.

Warga Britain ini memang terkenal dengan kegilaannya dalam sukan permotoran. Beliau pernah terlibat dalam perlumbaan 24 Hours of Le Mans di Perancis sekitar awal tahun 80-an. Perlumbaan ini merupakan perlumbaan kereta paling tua di dunia apabila pertama kali diperkenalkan pada tahun 1923.

Sunday, 28 June 2015

Historic Mercedes Benz Concourse 2011

Pada 8 Mei 2011, Mercedes Benz Malaysia dengan kerjasama Historic Motoring Ventures telah mengadakan himpunan kereta Mercedes terbesar di Asia Tenggara. Tahun 2011 merupakan ulangtahun ke-125 Mercedes yang mencipta kenderaan berenjin pada tahun 1886.

Acara sehari yang berlangung di The Palace of the Golden Horses ini merupakan satu acara bersejarah di Malaysia kerana terdapat 125 buah unit Mercedes yang menyertai himpunan ini dengan anggaran nilai keseluruhan sekitar RM80 juta. 

Thursday, 25 June 2015

Kontroversi Mercedes 280SL Milik DS Azalina Othman Said

Mercedes 280SL yang dimaksudkan blogger
The Whistle Blower 711
Dato' Seri Azalina Othman Said merupakan seorang Ahli Parlimen Pengerang yang pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan serta Pelancongan. Pada awal tahun 2012, blog The Whistleblower 711 mendedahkan bahawa beliau menerima cek bernilai RM300,000 daripada syarikat milik Dato' Yahya A. Jalil, Pengarah Urusan Gerbang Perdana yang terlibat dalam projek pembinaan Jambatan Bengkok di Johor.

Cek tersebut telah mencetuskan polemik apabila blogger tersebut mempertikaikan untuk apakah DS Azalina menerima RM300,000 daripada seorang ahli perniagaan berjaya. Blogger itu turut memohon SPRM untuk menyiasat transaksi tersebut kerana menggangap bahawa transaksi tersebut merupakan satu sumbangan politik yang mungkin mengakibatkan salah guna kuasa ataupun korupsi.

Monday, 22 June 2015

Mercedes 600 Milik Elvis Presley Untuk Dijual pada Harga AS$550,000

Raja Rock n Roll, Elvis Presley sememangnya seorang yang gila kereta. Beliau pernah memiliki pelbagai jenis kereta dari jenama Cadillac, Ferrari sehinggalah Rolls Royce. Kini, selepas 38 tahun pemergiannya, kereta Mercedes 600 miliknya yang telah diberikan kepada rakannya bersedia untuk dijual di eBay.

Mercedes 600 Standard Wheelbase ini dikeluarkan pada tahun 1969. Logo TCB iaitu band yang membantu beliau melakukan setiap persembahan dari tahun 1969 sehingga 1977 ini tertera pada pintu hadapan kedua-dua belah kereta ini.

Thursday, 18 June 2015

Saturday, 13 June 2015

20 Gambar Menarik Summernats Malaysia 2014

Porsche 911

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, JPM Motorsports mengadakan festival Summernats ini yang berlangsung serentak dengan acara tahunan di Litar Antarabangsa Sepang iaitu Malaysia Merdeka Endurance Race. Summernats Malaysia ini pada asalnya merupakan sebuah festival di Australia, ia dibawa masuk bagi memeriahkan lagi acara tahunan MMER di SIC. Acara ini berlangsung pada 29 hingga 31 Ogos tahun 2014.

Tumpuan utama acara ini adalah perlumbaan MMER yang berlangsung selama 12 jam yang bermula pada jam 12 tengah hari dan berakhir pada jam 12 tengah malam 31 Ogos. Selain itu, pelbagai jenis kereta turut dipamerkan oleh penganjur selain penglibatan Lotus Malaysia dalam mempromosikan model terbaru mereka.


Tuesday, 9 June 2015

Top 5 Kemunculan Ford Mustang dalam Filem Hollywood


Ford Mustang merupakan salah sebuah kereta Muscle Amerika yang paling ikonik pernah dikeluarkan. Setelah lebih 50 tahun Ford Mustang dikeluarkan, Ford Motor Co. mengeluarkan kenyataan bahawa Ford Mustang telah muncul lebih daripada 500 buah semenjak ia dikeluarkan pada tahun 1964.

Sunday, 7 June 2015

Gambar : Art of Speed 2015


Art of Speed merupakan salah satu acara yang paling dinanti-nantikan penggemar motosikal dan kereta di seluruh Malaysia. Berlangsung pada 6 dan 7 Jun 2015 bertempat di MAEPS, Serdang, acara ini telah berjaya menghimpunkan penggemar kereta oldskool dan bikers untuk bersama-sama memeriahkan program ini.

Acara ini berjaya menampilkan koleksi kereta oldskool seperti Datsun, Toyota, Nissan serta American Muscle seperti Dodge, Chevrolet dan Chrysler.

Selain itu, acara yang telah memasuki tahun keempat turut mempamerkan pelbagai jenis jenama motosikal antaranya Triumph, Norton, Harley Davidson dan sebagainya. Bertemakan kustom kulture, acara ini banyak menampilkan motosikal yang direka khas berbanding motosikal standard.

Thursday, 4 June 2015

Tan Sri Basir Ismail : Pelopor Kereta Klasik di Malaysia

Tan Sri Basir Ismail... Siapa yang tidak kenal beliau? Jika Tan Sri Jojo bertanggungjawab membawa masuk Michael Jackson ke Malaysia. Tan Sri Basir Ismail pula bertanggungjawab meletakkan Sepang International Circuit sebagai salah satu perlumbaan dalam kalendar Formula Satu.

Beliau merupakan tokoh perniagaan di Malaysia, pernah menjawat beberapa jawatan penting seperti menjadi pengerusi Petronas, pengerusi Bank Bumiputera, pengerusi Kumpulan FIMA dan sebagainya. Beliau juga merupakan individu yang bertanggungjawab membina KLIA di Sepang. Kerana kejayaan tersebut, beliau juga pernah menjadi pengerusi Malaysian Airport Berhad selain turut menjadi pengerusi Sepang International Circuit ( SIC ).

Beliau juga berjaya melahirkan beberapa pemimpin dalam kalangan rakyat Malaysia. Menurut kisah, beliau dilaporkan mempunyai 3 orang menteri yang pernah bekerja bersama beliau. Antaranya Dato Mohammad Hassan iaitu Menteri Besar Pahang yang pernah bekerja bersamanya di bawah Cycle & Carriage.


Monday, 1 June 2015

10 Gambar Terbaik Asia Klasika 2011

Porsche 356
Asia Klasika merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Historic Motoring Ventures dalam usaha mempertandingkan kereta-kereta klasik dan vintaj terbaik di rantau ini. Acara ini sering kali menjadi tumpuan penggemar serta pemilik kereta klasik dan vintaj untuk bersama-sama berkongsi koleksi kereta mereka bersama rakan seperjuangan mereka yang lain.

Pada tahun 2011, Asia Klasika telah dilangsungkan di Matrade pada bulan November, Kuala Lumpur. Lebih 50 buah kereta klasik dan vintaj pelbagai jenis mengambil bahagian dalam acara berprestij ini.

Thursday, 28 May 2015

Perarakan Kemahkotaan Sultan Johor Menggunakan Mercedes 600


Keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor ke Istana Besar, Johor Bharu
Istiadat Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim telah berlangsung pada 23 Mac 2015. Tradisi Diraja Johor ini terakhir sekali diadakan 1960 ketika DYMM Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim menjadi Sultan.

Peristiwa bersejarah yang bertempat di Istana Besar, Johor ini turut diserikan dengan perarakan diraja yang menyaksikan DYMM Sultan Johor serta kerabat Dirajanya dibawa berarak di sekitar Johor Bharu selepas Baginda Sultan Johor dimahkotakan.

Baginda telah mempersiapkan lima buah Mercedes 600 pelbagai variasi termasuk Landaulet dan Pullman serta lima buah Cadillac Eldorado pelbagai warna untuk digunakan bagi membawa kerabat Diraja Johor berarak di sekitar Johor Bharu.


Tuesday, 26 May 2015

Kemegahan Mercedes 600


Mercedes 600 merupakan salah sebuah kereta klasik yang paling digilai oleh penggemar kereta klasik di seluruh dunia. Model yang menggunakan kod W100 ini dikeluarkan selama 18 tahun iaitu dari tahun 1963 sehingga 1981 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 2,677 unit.
Mercedes telah mengeluarkan sebanyak 2,190 unit untuk variasi standard wheelbase manakala sebanyak 428 unit untuk Long wheelbase serta hanya 59 unit Landaulet telah dikeluarkan.
Flagship Mercedes ini dikeluarkan setanding untuk bersaing dengan jenama kereta ultra-mewah British seperti Rolls Royce Silver Spirit.

Monday, 25 May 2015

Selamat Datang ke Classic Cars Malaysia

Classic Cars Malaysia bermula di Instagram apabila kami ingin berkongsi gambar-gambar kereta klasik dan vintaj yang terdapat di Malaysia kepada rakyat Malaysia khususnya. Dari Oktober 2014 hingga Mei 2015, kami telah mengumpul lebih 3,800 pengikut hasil perkongsian lebih 260 gambar kereta klasik dan vintaj.

Pada bulan Mei 2015 pula kami mengambil inisiatif untuk membuka page di Facebook agar kami dapat berkongsi gambar serta informasi dan fakta mengenai kereta yang kami paparkan. Page di Facebook juga memudahkan kami untuk berkongsi maklumat terkini mengenai setiap acara yang melibatkan kereta klasik di Malaysia.


Sejarah Kereta Merdeka : Nash Rambler Convertible 1951

Pada 20 Februari 1956 di Padang Banda Hilir, Melaka, berlaku salah satu peristiwa ikonik dalam sejarah kewujudan Malaysia. Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan kemudiannya berarak mengelilingi bandar Melaka.
On February 20, 1956 in Padang Banda Hilir , Melaka , one of the iconic events in the history of Malaysia happened  . Tunku Abdul Rahman declared the independence of the Federation of Tanah Melayu on 31 August 1957 and subsequently marched around the city.

Friday, 22 May 2015

Harry Styles dan Jaguar E-Type





Salah seorang ahli kumpulan One Direction, Harry Styles kelihatan memandu Jaguar E-Type di tempat letak kereta The Sparniards Inn, Hamstead, London. Kereta tersebut dipercayai dibawa oleh wakil syarikat menjual kereta ke kelab tersebut kerana penyanyi tersebut ingin memandu uji kereta tersebut.
One of the member of One Direction, Harry Styles, looks to drive Jaguar E - Type in the parking lot of The Sparniards Inn , Hamstead , London. The car is believed to be brought by representatives of cars selling company to the club because Harry Styles wanted to test drive the car.